web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kembalikan Fungsi JKSTUPKK Segera, Lantik Ambrin Untuk Jamin Kesinambungan Siasatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 9:10PM

Ambrin Buang - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta mengembalikan fungsi dan peranan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) dalam masa terdekat dengan melantik mantan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang sebagai Pengerusi untuk menjamin kesinambungan kerja siasatan.

Menurut kenyataan bersama mantan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong, keperluan penubuhan semula jawatankuasa itu adalah susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya laporan JKSTUPKK berkenaan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) disiarkan secara umum.

Katanya, penubuhan semula jawatankuasa itu bukan sahaja bagi meneruskan siasatan terhadap skandal LCS, tetapi juga membasmi masalah ketirisan dan penyelewengan wang dalam kerajaan.

Pada masa sama, kenyataan itu memaklumkan, mereka menyambut baik pengumuman Perdana Menteri bahawa mesyuarat Kabinet sudah bersetuju menyahklasifikasi laporan JKSTUPKK yang dipengerusikan Ambrin.

Jelasnya, JKSTUPKK ditubuhkan selepas Jemaah Menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam mesyuarat pada 30 Mei 2018, mencapai persetujuan untuk melakukan siasatan terhadap tadbir urus, perolehan dan kewangan di pelbagai kementerian.

“JKSTUPKK juga akan mengenal pasti sekiranya berlaku penyelewengan, salah guna kuasa atau pembaziran kewangan negara.

“Ahli jawatankuasa JKSTUPKK adalah pakar dalam bidang perundangan, perakaunan, pengauditan dan ketenteraan, manakala sekretariat terdiri dalam kalangan mereka berpangkat JUSA dan Gred 44 ke atas yang tentunya berpengalaman dalam tadbir urus kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Mereka memaklumkan, dalam tempoh lebih kurang tiga tahun, JKSTUPKK berhasil melengkapkan 39 siasatan meliputi sembilan kementerian, khususnya Kementerian Pertahanan (MINDEF), Kementerian Pengangkutan (MOF), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan (KPM).

Ujarnya, pencapaian mengagumkan itu adalah hasil titik peluh Ambrin bersama lima ahli jawatankuasa dan pasukan sekretariat.

Malah, mereka berkata, Menteri Pertahanan mengeluarkan surat penghargaan kepada JKSTUPKK pada 9 Mei 2019 kerana membentangkan 16 laporan siasatan ke atas isu ‘land swap’ di antara bulan Mei hingga Disember 2018, membabitkan hampir 3,000 ekar tanah MINDEF bernilai RM4.8 bilion.

“Malangnya, JKSTUPKK dibubarkan dan keseluruhan kontrak ahli jawatankuasa tidak disambung lagi selepas Julai 2021.

“Adakah kerajaan berniat untuk musnahkan mekanisme semak dan imbang terhadap perbelanjaan serta tadbir urus kerajaan?,” katanya. – Getaran, 11 Ogos 2022

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad