web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Papan Tanda Kubur ‘Ghaib’, Ini Rupa-Rupanya Punca…

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2022 7:00AM

Papan kubur tanda yang dicabut. - Gambar dari Twitter CityLita

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Sampai ke lubang kubur mereka ini buat duit ya, memang durjana orang macam ni buat cekik darah.”

Itu antara komen netizen yang terkejut dengan tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kerana didakwa mencabut papan tanda setiap kubur di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana sehingga tular di Twitter, baru-baru ini.

Isu itu heboh diperkatakan apabila seorang pengguna Twitter, CityLita meluahkan rasa terkejut selepas mendapati papan tanda setiap kubur di tanah perkuburan tersebut dicabut semasa menziarahi pusara bapanya pada 23 Julai lalu.

Dakwanya, seorang penjaga kubur memaklumkan tindakan itu dilakukan atas arahan MPAJ bagi tujuan penyeragaman lot kubur di kawasan tersebut.

“Ingat ke angin ke apa. Bila tanya penjaga kubur tu, memang sengaja dicabut, dan katanya ada arahan terbaru daripada majlis untuk cabut semua papan.

“Ada arahan untuk penyeragaman. Ingatkan penyeragaman yang memudahkan. Kata penjaga kat situ nak seragam macam gambar di bawah.

“Semua kena pasang macam ni,” katanya yang turut berkongsi gambar contoh spesifikasi lot kubur dikehendaki MPAJ.

Contoh spesifikasi kubur yang dikehendaki MPAJ. - Gambar dari Twitter CityLita
Contoh spesifikasi kubur yang dikehendaki MPAJ. - Gambar dari Twitter CityLita

Wanita berkenaan turut menyifatkan arahan tersebut sebagai merepek memandangkan kos tempahan batu nisan sahaja mencecah RM1,000.

“Kalau betul macam tu arahannya, sumpah merepek. Ingat semua orang mampu ke nak tempah kepok nisan yang minimum harga RM1,000 tu?

“Lepas tu diorang main cabut papan tanda tu. Itu tempah dekat penjaga kubur juga RM100, walaupun papan sekeping je.

“RM100 pun tetap duit. Lepas tu suka-suka nak cabut. Kalau nak seragam then bagilah refund dan tanggunglah kos lain,” katanya.

Dalam ciapan berasingan kelmarin, wanita itu mengesahkan maklumat yang disampaikan penjaga kubur pada 23 Julai lalu berhubung perkara tersebut adalah benar.

Dia turut berkongsi kain rentang mengenai notis peringatan yang dinaikkan di perkarangan tanah perkuburan tersebut di Twitter.

Berdasarkan notis dikeluarkan atas arahan Yang Dipertua MPAJ, Mohd Fauzi Mohd Yatim, tiada sebarang binaan atau papan tanda dibenarkan di atas pusara kecuali batu nisan dan kepungan mengikut spesifikasi ditetapkan.

MPAJ juga berhak membuka, mengalihkan dan membuang apa jua binaan kepungan atau batu nisan yang tidak mengikut spesifikasi dibenarkan.

Notis itu turut memaklumkan, hanya kontraktor berdaftar dengan MPAJ sahaja dibenarkan membina kepungan dan set nisan.

Malah tempahan kepungan dan set nisan hendaklah melalui pihak pengurusan MPAJ sahaja.

Notis tersebut turut tidak disenangi netizen yang menyifatkan tindakan tersebut dilakukan demi kepentingan pihak tertentu.

“Salah satu benda yang tak logik ditetapkan oleh majlis. Kuboq (kubur) pun hampa (kamu) nak buat prosedur ikut apa hampa tetapkan. Mudah buat duit,” kata Pak Atreus.

“Aduh kubur pun bersyarat bagai. Kepungan tu dahlah mahal,” kata pula Nawalysmn.

“Kubur orang pun jadikan bisnes kroni,” kata UmarxFX.

“Larangan binaan atas kubur tu dah bagus dah. Tapi tang batu nisan dan kepungan kena guna kontraktor MPAJ tu agak mengarut. Open jelah kepada sesiapa yang nak buat asalkan ikut spec. Apa susah,” kata Apeinhd.

Sementara itu, Pegawai Komunikasi Korporat MPAJ, Norhayati Ahmad ketika dihubungi Getaran mengesahkan notis yang tular di media sosial itu.

Menurut beliau, pihak pengurusan MPAJ berhak membuka, mengalihkan dan membuang apa jua binaan di atas pusara yang tidak mengikut spesifikasi.

“Di sini kami ingin menjelaskan bahawa tiada sebarang binaan atau papan tanda di atas pusara yang dibenarkan kecuali batu nisan dan kepungan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan,” katanya.

Bagaimanapun Norhayati berkata, waris terlibat boleh berhubung dan berbincang dengan pihak MPAJ untuk maklumat lanjut mengenai perkara itu.

Berdasarkan tinjauan Getaran di laman sesawang MPAJ, mereka turut memaparkan senarai harga tempahan kepungan kubur dan set nisan di tanah perkuburan di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Jenis kepungan yang diperbuat daripada marmar (marble) ditawarkan pada harga RM2,700 bagi jenazah dewasa dan RM1,450 bagi jenazah bayi.

Jenis kepungan jubin (tiles) pula berharga RM1,500 untuk jenazah dewasa dan RM900 untuk jenazah bayi.

Pilihan ketiga iaitu jenis kepungan simen (terazo) ditetapkan pada harga RM1,000 untuk jenazah dewasa manakala RM500 bagi jenazah bayi. - Getaran, 10 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Uruskan Jenazah Suspek Di Hospital, Kubur Perlu Dijauhkan - Majlis Fatwa Johor

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jangan Lupa Selalu Doakan Papa Ye Dik

3

Semasa 3 tahun yang lalu

JAINJ, Polis Siasat Batu Nisan 'Hilang' Di Pandan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

11 Kubur 'Hilang' Batu Nisan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 8 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar