web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KSN Diarah Tubuh Jawatankuasa Siasat Insiden KPPA Dan Pegawai Imigresen Di KLIA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2022 4:14PM

Ismail Sabri ketika merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Serdang, hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Kabinet mengarahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali untuk menubuhkan jawatankuasa di peringkat dalaman bagi menyiasat insiden melibatkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dan pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet kerana tidak mahu timbul perpecahan dalam kalangan kakitangan kerajaan susulan insiden itu sebaliknya mahu agar suasana hubungan harmoni antara penjawat awam dapat terus dikekalkan.

"Kabinet setuju untuk meminta KSN melihat perkara itu dan menubuhkan jawatankuasa di peringkat dalaman untuk menyiasat perkara tersebut.

"Kita kena berlaku adil kepada semua pihak, yang mengadu dan yang diadu. Kita serah kepada jawatankuasa itu yang akan ditentukan KSN, siapa pengerusi dan ahli-ahli untuk membuat siasatan secara dalaman," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di sini hari ini.

Ismail Sabri Yaakob - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Ismail Sabri Yaakob - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Perdana Menteri ditanya mengenai insiden yang tular di media sosial berhubung dakwaan KPPA telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai Imigresen di KLIA pada 3 Ogos lepas,

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan pada 4 Ogos lepas, bagaimanapun menafikan tuduhan terhadap KPPA dan menjelaskan Mohd Shafiq hanya membuat teguran terhadap pihak imigresen di KLIA berhubung ketidakpatuhan amalan dan prosedur.

Mengenai keanggotaan ahli jawatankuasa itu, Ismail Sabri berkata ia berkemungkinan melibatkan pihak luar malah ada yang mencadangkan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun sebagai pengerusi, namun keputusan pemilihan akan diserahkan kepada KSN.

Ditanya mengenai tempoh masa siasatan, beliau berkata ia terserah kepada jawatankuasa berkenaan memandangkan terdapat video yang tular dan perlu memanggil saksi kedua-dua belah pihak sebelum keputusan dapat dibuat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Ganggu Anggota Trafik, ‘Inspektor Sheila’ Disiasat 

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tidak Batal Lesen Pengimport Dan Ejen Langgar Perintah, JKDM Disiasat

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad