Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mekanisme Harga Minyak Masak Sawit Mesra Pengguna, Lebih Baik Berbanding Subsidi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2022 12:01PM

Beninder Singh berkata harga minyak masak sawit seharusnya tidak melambung terlalu tinggi memandangkan Malaysia adalah sebuah negara pengeluar besar dunia bagi produk itu. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Apa sahaja mekanisma kawalan bekalan dan harga diperkenalkan kerajaan, terutama membabitkan barangan keperluan asas harian seharusnya mewujudkan keadaan harmoni serta ‘situasi menang-menang’ antara pengeluar, peniaga dan pengguna.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Pergerakan Pengguna Malaysia, Beninder Singh, susulan kepentingan keadaan itu, pihaknya yakin kerajaan sudah mengambil segala langkah wajar bagi mewujudkan keharmonian dalam urus niaga minyak masak sawit, sebelum memperkenalkan langkah diumumkan Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa, baru-baru ini, iaitu produk berkenaan dalam botol lima kilogram (kg) yang ketika ini berharga antara RM39 hingga RM42, dijual RM34.70 bermula 8 Ogos.

Beninder Singh
Beninder Singh

Katanya, dalam isu minyak masak lima kilogram tersebut, pihaknya pasti kerajaan sudah mengadakan sesi libat urus menyeluruh dan menganalisa segala aspek rantaian bekalan sebelum memperkenalkan kaedah itu.

“Dengan pengenalan mekanisma harga kawalan ini, maka pengguna dan peniaga dapat memperolehi bekalan minyak masak dengan harga munasabah.

“Ia juga dijangka dapat membantu usaha kerajaan menangani kos sara hidup agak tinggi pada masa kini,” katanya kepada Getaran.

Bagaimanapun, beliau berkata, harga minyak masak sawit seharusnya tidak melambung terlalu tinggi memandangkan Malaysia adalah sebuah negara pengeluar besar dunia bagi produk itu.

“Seperti kita sedia maklum, Malaysia adalah negara pengeluar kedua terbesar minyak sawit dunia.

“Berdasarkan fakta ini, maka harga minyak masak tidak sepatutnya melambung terlalu tinggi melangkaui tahap kemampuan pengguna tempatan,” tegasnya.

Pengguna perlu menyedari bahawa zaman sudah berubah dan kebanyakan kos semakin meningkat menyebabkan harga barangan turut naik. - Gambar fail
Pengguna perlu menyedari bahawa zaman sudah berubah dan kebanyakan kos semakin meningkat menyebabkan harga barangan turut naik. - Gambar fail

Mengulas lanjut, Beninder berkata, pengguna juga perlu menyedari bahawa zaman sudah berubah dan kebanyakan kos semakin meningkat menyebabkan harga barangan turut naik.

Justeru, menurutnya, kerajaan tidak mungkin dapat mengawal semua itu daripada terus berlaku.

“Zaman barangan murah sudah berlalu. Kita perlu sentiasa bersiap-sedia menghadapi situasi kos sara hidup yang akan sentiasa meningkat. Tidak mungkin kerajaan dapat mengawal segalanya.

“Namun, kerajaan juga perlu membangunkan dasar yang mampu meningkatkan pendapatan masyarakat tanpa mengira latar belakang bagi menyetarakan dengan peningkatan kos sara hidup,” katanya.

Terdahulu, Annuar mengumumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk melaksanakan mekanisme penetapan harga minyak masak botol lima kg bagi membolehkan ia ditentukan secara bulanan mengikut purata harga minyak sawit mentah (CPO).

Jelasnya, penetapan harga siling itu akan berkuat kuasa setiap lapan hari bulan dengan kadar minyak masak botol tiga kg dan satu kg akan diumum Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kelak.

“Harga akan ditetapkan secara bulanan berasaskan purata Harga Harian Minyak Sawit Mentah (CPO) yang diumumkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada setiap satu hari bulan. Harga ini akan menjadi penanda aras untuk menentukan harga jualan minyak masak tulen tanpa subsidi,” katanya.

Nadzim Johan
Nadzim Johan

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut menyuarakan pendapat sama dengan mengatakan bahawa pihaknya percaya kaedah diperkenalkan tersebut baik dalam mengawal ketirisan minyak masak bersubsidi seperti yang berlaku sebelum ini.

Menurutnya, berdasarkan laporan media sebelum ini, subsidi ditanggung kerajaan untuk rakyat Malaysia turut ‘dinikmati’ rakyat negara jiran apabila terdapat lambakan minyak masak sawit bersubsidi dijual di negara berkenaan.

“Kaedah ini secara tidak langsung dapat mengatasi masalah ketirisan barangan bersubsidi sehingga mengakibatkan kerajaan sendiri menanggung kerugian besar.

“Jadi adalah lebih baik jika kita menilai dahulu kaedah ini sama ada mesra pengguna atau tidak. Jika tak, penambahbaikan masih boleh dilakukan,” katanya.

Beliau juga pada masa sama berpendapat bahawa langkah tersebut sudah pastinya dinilai dengan teliti oleh kerajaan sebelum memutuskan untuk melaksanakannya.

“Sudah pastinya akan ada kelemahan pada awal pelaksanaan kaedah ini kerana ia adalah sesuatu yang baru, namun saya percaya ia lebih baik daripada memberikan subsidi dan akhirnya ‘dinikmati’ bukan rakyat kita,” katanya. - Getaran, 5 Ogos 2022

Sorotan

1

Bakal PM Singapura Umum Barisan Kabinet

2

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

3

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

4

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

5

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

6

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Raja Permaisuri Agong Berangkat Ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan

Semasa 13 jam yang lalu

Pokok Tumbang Berlaku Lagi, Hampir Timpa Kereta KM Melaka

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Tiba Di Doha Untuk Lawatan 3 Hari

Semasa 20 jam yang lalu

Bas Thailand Dibenar Masuk Malaysia, Perlu Buat Permohonan Dengan APAD - Anthony