web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penduduk Selangor Bakal Terima Manfaat Pembangunan Jajaran ECRL: Tengku Zafrul

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 7:27AM

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar penduduk Selangor bakal menerima manfaat daripada pembangunan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurutnya jajaran ECRL melibatkan Selangor iaitu Seksyen C, dibahagikan kepada dua iaitu Seksyen C1 dari Mentakab ke Terminal Pengangkutan Bersepadu Gombak dan Seksyen C2 dari Gombak ke Pelabuhan Klang melalui Serendah.

"Jajaran ECRL bagi Seksyen C2 adalah sepanjang 74.25 kilometer yang merangkumi empat stesen iaitu Serendah Baru (penumpang dan kargo), Puncak Alam (stesen penumpang), Kapar (stesen penumpang) dan Pelabuhan Klang (penumpang dan kargo)," katanya dalam hantaran terbaharunya di laman sosial Facebook. Beliau berkata demikian susulan kenyataan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong bahawa laluan ECRL C2 dijangka siap pada 31 Dis, 2027.

Tengku Zafrul berkata beliau turun padang ke Kuala Selangor pada Mei lepas dan antara isu yang dibangkitkan oleh gabungan 25 persatuan penduduk Puncak Alam adalah keperluan untuk mempunyai stesen ECRL di kawasan berkenaan.

"Saya telah membawa permintaan mereka untuk pertimbangan pihak bertanggungjawab dan alhamdulillah, Puncak Alam bakal mempunyai stesen ECRLnya sendiri," katanya.

Menurut Tengku Zafrul, pemerkasaan pengangkutan awam sudah tentu akan memudahkan penduduk Kuala Selangor.

"Pada kemuncaknya, dijangkakan sekitar 300,000 penumpang akan menggunakan stesen Puncak Alam," katanya sambil memaklumkan bahawa jajaran ECRL tersebut bukan sahaja akan memanfaatkan penduduk Kuala Selangor, malah penduduk kawasan lain di Selangor.

Seksyen C laluan ECRL telah melalui pemeriksaan awam mulai 23 Ogos hingga 23 Nov, 2021 dan menerima kelulusan muktamad di bawah skim keretapi pada 20 Jan tahun ini.

Terdahulu hari ini, Wee dilaporkan berkata pemeriksaan awam itu bertujuan membolehkan orang ramai memberikan maklum balas mengenai jajaran dan stesen ECRL yang dicadangkan terutamanya di Selangor, khususnya Puncak Alam dan Kapar.

Menurut Wee, hasil pemeriksaan awam dan beberapa sesi libat urus yang diadakan mendapati orang ramai menyokong pembinaan stesen Puncak Alam. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 12 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad