web statsweb stats

Berita Terkini

40 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 41 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serpihan Roket China Disahkan Tiada Radiasi, Unsur Radioaktif

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 3:56PM

Tangkap layar gambar serpihan roket Long March 5B milik China ke ruang udara Malaysia. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua objek disyaki serpihan roket China yang jatuh dan ditemui di Sarawak, kelmarin disahkan tidak mengeluarkan sebarang radiasi dan juga unsur radioaktif.

Jurucakap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata, pengesahan itu dibuat pasukan siasatan terdiri daripada Bahagian Penguasa Angkasa MOSTI, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) yang melakukan siasatan lanjut terhadap dua objek tersebut, semalam.

“Siasatan awal dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan menumpukan kepada dua lokasi yang telah dikenal pasti iaitu di Kampung Nyalau, Bintulu dan Kampung Sepupok Lama, Niah dekat Miri, Sarawak.

“Siasatan awal ini juga bagi memastikan tiada sebarang unsur radiasi berbahaya yang mungkin dikeluarkan objek disyaki, sebelum siasatan selanjutnya dapat dilaksanakan,” katanya hari ini.

Menurut jurucakap itu, ukuran dan hasil siasatan awal mendapati objek pertama yang disyaki bersaiz sekitar lima inci itu tidak mengeluarkan sebarang radiasi dan tiada unsur radioaktif dikesan.

“Ukuran dan hasil siasatan awal terhadap objek kedua di Batu Niah, Miri, turut menunjukkan hasil sama.

“Kedua-dua objek disyaki adalah selamat untuk dilaksanakan siasatan dan analisis seterusnya,” katanya.

Ujarnya lagi, MOSTI melalui MYSA dengan kerjasama Jabatan Kimia Malaysia akan menjalankan siasatan terperinci terhadap kedua-dua objek yang ditemui itu bagi menentukan sama ada ia melibatkan serpihan roket Long March 5B atau sebaliknya.

“Hasil siasatan dan analisis itu akan dimaklumkan dan tindakan sewajarnya bakal dipertimbangkan selaras Akta 834 (Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022) dan triti antarabangsa berkaitan angkasa di bawah kendalian United Nations Office for Outer Space Affairs (UNOOSA),” katanya.

Awal pagi kelmarin, proses ‘re-entry’ serpihan roket itu dapat dilihat dan dirakam penduduk di Sarawak sekitar jam 12.50 pagi, sebelum ia tular di media sosial. - Getaran, 2 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan