web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khalid Ibrahim Guru Terbaik Didik Pemimpin Jaga Integriti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 6:10PM

Allahyarham Abdul Khalid Ibrahim selalu menasihati setiap wakil rakyat agar melaksanakan dasar yang baik kepada masyarakat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disifatkan sebagai guru terbaik dalam mendidik ahli politik menjadi pemimpin berdedikasi dan berintegriti. 

Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, Allahyarham selalu menasihati setiap wakil rakyat agar melaksanakan dasar yang baik kepada masyarakat. 

Dengan sebak, beliau yang pernah menjadi exco ketika Khalid menyandang portfolio Menteri Besar Selangor reda dengan pemergian Allahyarham.

Rodziah Ismail - Gambar Fail
Rodziah Ismail - Gambar Fail

“Segala pengorbanan yang dilakukan harus dikenang dengan sebaiknya.  Saya rasa kita yang ada akan beri terbaik bagi meneruskan usaha beliau dan janganlah kita mengkhianati pesanan arwah. 

"Perginya beliau tinggalkan nama baik dan mampu dijadikan tauladan untuk pelbagai pihak khususnya pemimpin. Beliau banyak berjasa sehingga Selangor kekal terkenal di ASEAN ketika zaman pemerintahannya," katanya ketika ditemui Getaran di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata, tindakan berani Khalid yang paling diingati adalah meneruskan pembangunan dan pembersihan pesisiran Sungai Klang. 

Menurut beliau, tindakan di luar kotak itu yang dikritik mendapat pelbagai pihak termasuk parti politik pada akhirnya berjaya menjadikan sungai tersebut lebih bersih berbanding sebelum.

Azmizam Zaman Huri - Gambar Fail
Azmizam Zaman Huri - Gambar Fail

"Kita tengok dahulu ia merupakan sungai terkotor di Malaysia dan kini sudah mula bersih sejak inisiatif itu dimulakan.

"Bukti ia bersih apabila di Sungai Klang sudah ada 22 buaya dan ia mula membiak. Itu hasil positif dan bermakna ekologi sistem sungai itu beransur pulih jika nak dibandingkan sebelum inisiatif terbabit dimulakan pada 2008," katanya. 

Jelasnya, Khalid merupakan pemimpin yang komited dan konsisten dengan tugas, malah sebarang keputusan hanya dibuat selepas melakukan penelitian rapi dari semua aspek.

"Kecemerlangan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor adalah hasil usaha beliau ketika menjadi Menteri Besar dan pentadbirannya ketika itu berjaya mengumpul RM2.6 bilion rizab negeri,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Wanita PKR, Senator Fadhlina Sidek berkata, Allahyarham akan diingati sebagai tokoh korporat dan pengurus terbaik dalam sejarah apabila berjaya mengendalikan kekayaan dan kemakmuran negeri dengan efektif. 

Fadhlina Sidek - Gambar Fail
Fadhlina Sidek - Gambar Fail

"Kecemerlangan Selangor banyak dibantu melalui inisiatif yang beliau perkenalkan untuk rakyat, selain berhasil melonjakkan kekayaan negeri.

"Beliau mempamerkan ketokohan luar biasa apabila mampu merungkai isu-isu dengan cukup baik. Kepimpinan Allahyarham perlu diteladani," katanya. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halim pula berkata, Khalid merupakan pemimpin berintegriti yang melaksanakan pelbagai perubahan dari segi informasi institusi serta dasar ekonomi.

Najwan Halim - Gambar Fail
Najwan Halim - Gambar Fail

"Ini perlu diberi perhatian oleh generasi muda. Walau beliau terlibat politik, namun Allahyarham kekal menjaga integriti dan bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah diberi.

"Inilah contoh terbaik yang setiap pemimpin, khususnya anak muda perlu amalkan,” katanya. - Getaran, 1 Ogos 2022



 

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad