web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cari Jalan Lain ‘Ucap Terima Kasih’, Bukan Lantik Utusan Khas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2022 8:00PM

Langkah pelantikan utusan khas itu menimbulkan keresahan kerana membabitkan kos agak tinggi memandangkan pemimpin yang terbabit bertaraf menteri - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mencari kaedah lain sebagai tanda ‘terima kasih' kepada ahli politik yang menyokongnya, bukan melalui pelantikan Utusan Khas Perdana Menteri bertaraf menteri seperti diamalkan ketika ini, kata geostrategis, Dr. Azmi Hassan.

Sejak awal, Azmi berkata, langkah pelantikan utusan khas itu menimbulkan keresahan kerana membabitkan kos agak tinggi memandangkan pemimpin yang terbabit bertaraf menteri.

Namun, katanya, tanggungjawab atau terma syarat pelantikan tersebut didakwa 'sedikit longgar'.

Dr. Azmi Hassan - Gambar Fail
Dr. Azmi Hassan - Gambar Fail

“Maksudnya, mesti ada cara lain untuk beri ucapan terima kasih, bukannya melantik duta khas bertaraf menteri.

“Sebenarnya banyak lagi jawatan tidak akan memakan kos tinggi dan tidak menimbulkan persoalan serta polemik seperti apa yang berlaku kini,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad memaklumkan, kerajaan membelanjakan hampir RM1 juta bagi lawatan rasmi dalam dan luar negara oleh empat Utusan Khas Perdana Menteri sejak 2020 hingga Jun lalu.

Beliau dilaporkan berkata, perbelanjaan sebanyak RM923,455.10 itu turut membabitkan pelaksanaan fungsi tugas dan komitmen yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Tambahnya, empat utusan khas itu juga berperanan menarik pelaburan ke Malaysia melalui lawatan rasmi ke luar negara.

Dr. Abdul Latiff Ahmad - Gambar Fail
Dr. Abdul Latiff Ahmad - Gambar Fail

Mengulas lanjut, Azmi memberitahu, tanggungjawab utusan khas tersebut sebenarnya boleh dilakukan duta sedia ada dalam kalangan ahli politik dan karier diplomat.

Jelasnya, ini melainkan terdapat isu meruncing yang memerlukan utusan khas mewakili Perdana Menteri secara spesifik ke negara berkenaan.

“Tetapi saya melihat sama ada ke China, Asia Timur dan Asia Barat, tidak ada sebenarnya isu meruncing. Sebab itu menimbulkan polemik sehingga orang persoalkan jumlah kos tinggi kerajaan terpaksa tanggung ketika ini.

“Jadi, kerajaan mesti cari jalan lain untuk memberi ucapan terima kasih kepada pemimpin politik ini, bukan memberi jawatan sebegitu penting. Namanya penting tetapi tidak diperlukan sangat dan melibatkan kos agak tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, penganalisis politik, Profesor Dr James Chin berpendapat, pelantikan utusan khas adalah normal dalam hal ehwal antarabangsa, namun kelazimnya, kriteria untuk pemilihan itu dibuat bagi tugasan spesifik atau bagi tempoh singkat.

Sebagai contoh, tambahnya, adalah perkara biasa utusan khas itu dilantik kerana mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan negara berkenaan.

Dr James Chin - Gambar Fail
Dr James Chin - Gambar Fail

“Sebagai contoh, anda lantik utusan khas untuk perdagangan bagi membincangkan satu bentuk perundingan dengan negara lain dan utusan khas ini mempunyai hubungan istimewa dengan pemimpin negara terbabit.

"Namun begitu, adalah tidak menjadi satu kebiasaan bagi utusan khas untuk tujuan kekal seperti kita ada di Malaysia yang dikatakan ‘on contract’ (berdasarkan kontrak) untuk dua atau tiga tahun. Itu tidak normal,” katanya.

Beliau berpandangan, pelantikan utusan khas terbabit adalah tidak berbaloi kerana setakat pengetahuannya, individu yang dilantik tidak mempunyai hubungan istimewa dengan negara mereka ditempatkan.

“Apa masyarakat umum rasa? Mereka rasa pelantikan ini adalah satu pembaziran wang,” katanya. - Getaran, 26 Julai 2022

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad