Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sistem Pengesanan Pelarian Langgar Hak Asasi, Buka 'Pintu' Penyalahgunaan - Aktivis

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 7:10AM

Aktivis hak asasi manusia membantah keputusan kerajaan untuk melaksanakan TRIS kerana kaedah pengawasan di bawah sistem berkenaan boleh menyebabkan pencabulan privasi. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pejuang hak asasi manusia dan migran tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan menjalankan pengawasan terhadap pelarian di negara ini melalui sistem pengesanan sambil menyifatkan langkah itu sebagai pencabulan kebebasan asasi.

Selain terkilan dan bimbang mengenai langkah itu, mereka turut mendakwa kerajaan melaksanakan program tersebut tanpa berunding terlebih dahulu dengan pihak berkepentingan lain, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin pelarian.

Adrian Pereira - Gambar dari Facebook Adrian Pereira
Adrian Pereira - Gambar dari Facebook Adrian Pereira

Bercakap kepada The Vibes, Pengarah Eksekutif Inisiatif Utara-Selatan (NSI), Adrian Pereira berkata, pelaksanaan Sistem Pengesanan Maklumat Pelarian (TRIS) berbaur xenofobia dan merupakan tindak balas yang hanya akan meningkatkan tanggapan salah bahawa pelarian bermasalah.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan menyemak semula keputusan tersebut dan menggubal undang-undang yang akan melindungi komuniti tersebut dengan lebih baik dan memberi mereka hak sama rata dalam pendidikan dan juga kesihatan.

“Pengawasan telah digunakan kerajaan berbeza untuk menyekat hak asasi manusia. Ini adalah sesuatu yang kita mesti fikirkan semula.

“Kaedah pengawasan boleh menjadi pelanggaran privasi, dan pihak tertentu kini boleh memanfaatkan lokasi mereka (pelarian). Kerajaan tidak berunding dengan kami, dan pastinya, kami tidak mengalu-alukan langkah itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pengumuman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, kelmarin bahawa pelaksanaan TRIS diluluskan sebagai langkah yang memerlukan semua pemegang Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) mendaftar dengan sistem tersebut bagi membolehkan kerajaan mengesan keberadaan mereka.

Hamzah berkata, sistem yang melalui beberapa siri percubaan selama beberapa tahun dan akan dikendalikan syarikat swasta, membolehkan kerajaan menentukan sama ada pelarian itu tinggal di negara ini untuk tujuan bekerja atau ‘melakukan perkara lain’.

The Vibes turut cuba menghubungi UNHCR untuk mendapatkan komen berhubung perkara itu termasuk mengenai kebimbangan pelaksanaan TRIS akan ‘mengecilkan’ kad UNHCR yang kini dipegang pelarian.

Penyelesaian tidak berperlembagaan, kurang jelas

Adrian turut mempersoalkan sama ada pelaksanaan sistem pengesanan itu mengikut perlembagaan, dengan tiada undang-undang sedia ada membenarkan amalan sedemikian berlaku.

Malah beliau berkata, TRIS hanya akan menyebabkan pertindihan kerja, dengan pelarian sudah diperlukan untuk mendapatkan kad UNHCR bagi menetap di negara ini, dan memberi amaran bahawa sistem baharu itu boleh membuka pintu kepada lebih banyak penyalahgunaan dan rasuah.

Josef yang juga penyelidik dalam kumpulan masyarakat sivil global Civicus mengingatkan kerajaan mengenai hak kebebasan setiap individu tanpa mengira kewarganegaraan mereka. - Gambar AFP
Josef yang juga penyelidik dalam kumpulan masyarakat sivil global Civicus mengingatkan kerajaan mengenai hak kebebasan setiap individu tanpa mengira kewarganegaraan mereka. - Gambar AFP

Aktivis hak sivil, Josef Benedict senada dengan Adrian sambil berkata, sistem itu akan membawa kepada lebih banyak penyalahgunaan di Malaysia jika tidak dilakukan dengan kerjasama agensi lain sedia ada yang mengawasi pelarian, seperti UNHCR.

“Saya sangat bimbang kerana nampaknya terdapat kekurangan akauntabiliti di Malaysia hari ini, dengan kerajaan membuat keputusan mereka sendiri tanpa rundingan.”

Josef yang juga penyelidik dalam kumpulan masyarakat sivil global Civicus, mengingatkan kerajaan mengenai hak kebebasan setiap individu tanpa mengira kewarganegaraan mereka.

Tambahnya, sebarang percubaan untuk menjalankan pengawasan terhadap keberadaan pelarian hanyalah penyelesaian jangka pendek yang kurang jelas bagi menangani isu lebih besar mengenai kebanjiran pendatang tanpa izin (PATI) yang memasuki Malaysia.

“Apa yang dilakukan (melaksanakan TRIS) ialah ia menimbulkan kebimbangan serius terhadap hak asasi manusia terutamanya kerana pelarian sudah cukup susah di negara ini.”

Silap letak keutamaan

Pengasas dan Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Azril Mohd Amin berkata, pelaksanaan TRIS menunjukkan bahawa kerajaan telah tersilap letak keutamaan, apabila usaha yang lebih besar harus ditumpukan untuk menaikkan semangat pelarian.

Terutamanya, beliau menyatakan bagaimana Malaysia bukan ahli kepada Konvensyen Pelarian 1951 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mahupun protokolnya, dan oleh itu tidak mengiktiraf pelarian.

“Keutamaan seharusnya adalah mengenai memastikan kebajikan mereka (pelarian) dan memberi mereka akses kepada pendidikan, pekerjaan dan kesihatan, antara lain.

 "Mereka (kerajaan) sepatutnya menyokong, atau sekurang-kurangnya mengiktiraf kerja dilakukan NGO pada masa ini dalam menyediakan pendidikan percuma dan akses kepada penjagaan kesihatan yang sewajarnya kepada pelarian."

Senada seperti Adrian dan Josef, Azril juga bersetuju bahawa kerajaan harus bekerjasama dengan UNHCR untuk perkongsian data yang lebih baik, selain menggesa kerajaan memperkasakan NGO dalam perihal mendaftarkan pelarian dan menentukan status mereka.

Menurut laman web TRIS, pelarian dan pencari suaka berumur antara 19 dan 59 tahun dikehendaki membayar RM500 untuk didaftarkan secara rasmi di bawah sistem itu, di mana mereka akan diberikan kad pengenalan khas dikenali sebagai MyRC.

Dengan mendaftar di bawah skim itu, ia akan meminimumkan risiko mereka ditangkap pihak berkuasa tempatan. - The Vibes, 25 Julai 2022

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Kelantan Serah SPRM Siasat Isu Telaga Jejari

Politik 1 hari yang lalu

Gesa Pemimpin PN Letak Jawatan Tak Akan Ubah Keadaan - Santhara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Denda SR10,000 Menanti Jika Ditangkap Tunaikan Haji Tanpa Permit

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lawatan PM ke Republik Kyrgyz, Perkukuh Hubungan 2 Negara