web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Industri Setuju Turunkan Harga Minyak Masak Secara Berperingkat - Annuar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2022 3:06PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pihak industri minyak masak sawit secara prinsip bersetuju membuat ‘adjustment’ bagi menurunkan harga minyak masak secara berperingkat berasaskan harga pasaran minyak sawit semasa, kata Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata pihak industri berkenaan telah bersetuju dengan syor Pasukan Jihad Tangani Inflasi mengenai penurunan harga yang dijangka dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Yang penting secara prinsip pihak industri bersetuju untuk bekerjasama dengan jawatankuasa bagi penurunan harga minyak masak,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Jihad Tangani Inflasi siri ketiga, di sini hari ini.

Annuar berkata ia merupakan perkembangan yang baik dan satu contoh bagaimana semua pihak dapat mewujudkan kerjasama bersepadu yang akhirnya rakyat dan pengguna akan mendapat hasil daripada persefahaman itu.

Menurutnya Pasukan Jihad Tangani Inflasi telah mengadakan sesi libat urus dengan pemain utama industri minyak masak kelapa sawit merangkumi syarikat pengilang, pembekal dan pembungkus minyak masak pada Selasa (12 Julai).

Berhubung kegiatan penyeludupan minyak masak, Annuar berkata terdapat banyak maklumat diterima pihaknya mengenai perkara itu, dan beliau menegaskan bahawa pihak penguat kuasa tidak akan berkompromi dengan salah laku terbabit.

“Kita sedang buat pemantauan (terhadap) beberapa lagi rangkaian penyeludup.

“Jadi jangan pihak yang menjalankan aktiviti penyeludupan merasakan mereka (penguat kuasa) terlepas pandang, kita beri jaminan pihak penguat kuasa akan meneruskan tindakan mereka,” katanya yang turut menyeru orang ramai untuk memberikan maklumat mengenai penyelewengan minyak masak.

Mengenai kos sara hidup di institusi pengajian tinggi (IPT), Annuar berkata Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang merangka pelbagai rancangan bagi menangani isu kos sara hidup siswa di kampus, selain melaksanakan inisiatif harga sajian makanan yang rendah bagi mereka, serendah RM3.50 sepinggan.

Menurutnya hasil pertemuan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dengan semua pentadbir universiti, pelbagai langkah sedang dirangka untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar bukan sahaja dari sudut bekalan makanan harian, tetapi juga berkaitan kos penginapan, pengangkutan dan yuran.

“Ini juga satu lagi bukti yang menunjukkan apabila ada permuafakatan dan kerjasama, usaha untuk mengekang kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup sebenarnya sangat boleh dilakukan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Covid-19: IPT Diminta Tunggu Arahan, Nasihat KKM - Zambry

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Krisis Beras Dan Minyak Masak: Kerajaan Perlu Wujudkan Dasar Pembelian - Dr Akmal

3

Semasa 2 tahun yang lalu

 MoU Sime Darby Oils, Guangxi Beibu Gulf Tingkat Pembelian Minyak Sawit - PM

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Garis Panduan Konsert Di IPT: Pembabitan MPP Penuhi Aspirasi Mahasiswa

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran