web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Benarkah PRU November Ini?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 7:00AM

Tercetus ‘teka-teki’ mengenai tempoh PRU-15 sesuai dilaksanakan apabila ada yang menebak ia akan menemui pengundi tahun ini, manakala ada yang mengatakan mungkin pada 2023 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Meskipun Penggal Parlimen ke-14 berbaki sehingga pertengahan tahun depan, pelbagai pihak mula mendesak dan mempersoalkan pembubaran Kabinet, untuk memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bakal diumumkan.

Di sebalik desakan dan persoalan itu, tercetus ‘teka-teki’ mengenai tempoh PRU-15 sesuai dilaksanakan apabila ada yang menebak ia akan menemui pengundi tahun ini, manakala segelintir mengatakan mungkin diadakan pada 2023.

Terkini, kedengaran ura-ura bahawa PRU-15 akan diadakan November depan apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mula mengatur langkah, termasuk mengadakan kursus persediaan intensif menghadapi pilihan raya itu kepada pegawai dan kakitangannya.

Bagaimanapun, penganalisis politik ketika dihubungi memberikan pandangan berbeza mengenai hal itu.

Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, menerusi pemerhatian mengenai situasi dalaman UMNO ketika ini, tidak mungkin PRU-15 diadakan pada November depan kerana ia akan memberi kerugian kepada beberapa pemimpin yang seolah-olah ‘tidak sebulu’ dengan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali - Gambar Fail
Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali - Gambar Fail

“Sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen sekarang, beliau dan beberapa pemimpin yang kita tengok secara terbuka menunjukkan mereka tak sebulu dengan Presiden mungkin tidak akan dicalonkan.

“Sebagai Presiden, Ahmad Zahid berhak menentukan siapa calon untuk pilihan raya nanti,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Mazlan berkata, sukar untuk parti itu membuat tawaran ‘menarik’ kepada rakyat bagi memastikan ia memperoleh mandat, susulan beberapa isu membelenggu UMNO ketika ini, terutama harga barang keperluan asas pengguna yang kian meningkat.

Katanya, UMNO sememangnya parti politik yang mempunyai rekod pencapaian bagus dari segi kestabilan, walaupun dianggap kurang dalam aspek membabitkan integriti.

Justeru jelas beliau, UMNO mungkin memerlukan lebih masa untuk menawarkan kerajaan stabil kepada rakyat menjelang PRU-15, memandangkan selepas PRU-14 situasi seperti tidak stabil dan berlaku pertukaran kepimpinan.

“Saya rasa mungkin UMNO akan laksana PRU-15 selepas Belanjawan 2023 untuk menunjukkan keupayaan parti itu.

“Jika buat bulan 11, susah untuk UMNO kerana banyak isu dan tak akan memberi kelebihan kepada parti itu, pembangkang boleh main,” katanya.

Ditanya mengenai khabar angin kononnya SPR sudah melakukan persediaan, Mazlan berkata, suruhanjaya itu sememangnya akan berbuat demikian memandangkan PRU terdahulu sudah berlalu selama tiga tahun. 

“Selepas tiga tahun selepas PRU, memang SPR akan melakukan persediaan dan gerak kerja untuk bersiap menghadapi PRU tahun berikutnya pada bila-bila masa, bukan bermaksud bila suruhanjaya itu buat persiapan, pilihan raya semestinya akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi pula berpendapat, PRU-15 perlu diadakan lebih awal daripada November untuk memberikan kelebihan kepada kepimpinan parti bagi beberapa penyelesaian asas.

Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi - Gambar Fail
Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi - Gambar Fail

Ujarnya, PRU-15 yang diadakan lebih awal akan mewujudkan kerajaan stabil dan mendapat mandat jelas.

Kedua, katanya, kepimpinan lebih diyakini akan terhasil kerana Perdana Menteri akan dilantik dari parti yang mendapat kerusi terbanyak dan boleh membentuk kerjasama politik dengan pelbagai parti lain.

Manakala, beliau berkata, kelebihan ketiga adalah dasar ekonomi yang jelas dan bukan ‘stop gap measures’ atau dasar ‘ad hoc’ seperti sekarang.

“Malaysia memerlukan ketiga-tiga faktor ini untuk mula menyelesaikan pelbagai masalah nasional.

“Penyelesaian jangka masa pertengahan dan panjang hanya akan berlaku jika ada kerajaan stabil, pemimpin lebih disegani serta lebih dipercayai, selain dasar ekonomi lebih jelas dan progresif,” katanya.

Awang Azman berkata, keadaan kerajaan tidak stabil itu memerlukan PRU segera diadakan agar tidak berlaku desakan dan tekanan antara Perikatan Nasional (PN), seperti dialami ketika ini.

Jelasnya, desakan dan tekanan itu, termasuk tuntutan keahlian dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) iaitu satu daripada lima tuntutan Sarawak, yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 daripada kerajaan Persekutuan.

Keputusan tuntutan itu, katanya, dibuat bagi memastikan kerajaan Sarawak mengetahui kedudukan kewangan negara, selain untuk membantu usaha kerajaan negeri dalam perbincangan dan rundingan berkenaan pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

“Kesemua ini berlaku apabila politik dan kepimpinan Persekutuan dilihat lemah, tidak stabil serta dalam ketidaktentuan. Ini lebih ketara apabila kerajaan PN yang ditubuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju menunaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) hampir RM3 bilion  kepada Sarawak,  sebagai usaha mengekalkan negeri berkenaan bersama PN. Selepas itu, CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) Petronas meletak jawatan.

“Namun tindakan Sarawak tersebut berdasarkan politik etnonasionalisme dan selaras dengan semangat tuntutan perjanjian Malaysia 1963 yang baru dapat dikemukakan selepas kerajaan Persekutuan dilihat lemah, selain terpaksa bergantung kepada kerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai penstabil kerajaan PN pimpinan Ismail Sabri,” katanya. 

Mengulas lanjut, Awang Azman berkata, kesemua itu bergantung kepada Ismail Sabri dan sudah tentu beliau mahu Sarawak terus bersama bagi mengelakkan kerajaan PN tumbang, tambahan pula persefahaman Pakatan Harapan (PH) dan PN akan berakhir hujung bulan ini.

“Ismail Sabri juga sedang menerima desakan daripada partinya sendiri untuk mengadakan PRU sebelum pembentangan bajet Oktober ini,” katanya.

Pada masa sama, Awang Azman berkata, Ismail Sabri dikatakan membuat perjanjian dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tanpa pengetahuan UMNO mengenai pelantikan Timbalan Perdana Menteri dari BERSATU.

“Ini menunjukkan betapa tak stabilnya kerajaan Persekutuan dan Ismail Sabri perlu memenuhi tuntutan Sarawak agar kerajaan PN terus bertahan sehingga tahun depan, sebagaimana dihajati kluster Kabinet yang ada bagi mengelakkan kehilangan kuasa serta kedudukan,” katanya. - Getaran, 12 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

3

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

4

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rosmah Mohon Doakan Najib Menjelang Prosedur Perubatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran