web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JAWI Siasat Video Pertunjukan Komedi Hina Islam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2022 4:34PM

JAWI telah menjalankan siasatan awal berhubung satu klip video tular disyaki menghina agama Islam baru-baru ini yang berlaku di sebuah kelab di sekitar Taman Tun Dr Ismail di sini. - Tangkap layar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyiasat video tular sebuah acara ‘stand up comedy’ dipercayai berlangsung di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang didakwa berbaur penghinaan terhadap Islam.

Pengarahnya, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, siasatan awal sudah dijalankan Bahagian Penguatkuasaan JAWI berhubung video berkenaan.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 7, iaitu menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina.

“Sabit kesalahan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

“JAWI sama sekali tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan bertujuan menghina dan mencemarkan imej serta kesucian Islam, khususnya di Wilayah Persekutuan lebih-lebih lagi menjelang ketibaan Aidiladha yang mulia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di aplikasi TikTok video acara itu yang memaparkan seorang wanita berpakaian sopan dan bertudung memperkenalkan diri kepada penonton.

Bagaimanapun, selepas memberitahu dirinya seorang muslim dan menghafal 15 juzuk dalam Al-Quran, wanita tersebut membuka baju, kain serta tudungnya.

Dengan berpakaian seksi wanita tersebut kemudiannya mengeluarkan kata-kata tidak sopan sambil menyapa penonton yang kemudiannya bersorak melihat adegan tersebut. - Getaran, 9 Julai 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad