web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Taska Disaran Laksana Pemantauan Kesihatan Mental Guru

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2021 11:48AM

Kes seorang guru yang didakwa mencampak kanak-kanak di sebuah tadika swasta telah tular di media sosial hingga mengundang kecaman ramai. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Saban tahun masyarakat disajikan dengan kes penderaan kanak-kanak terutama melibatkan premis pendidikan seperti taska yang mengundang kemarahan orang ramai.

Insiden yang bagai tiada kesudahan ini berulang kali menjadi perdebatan semua pihak terutama golongan ibu bapa yang bimbang kejadian berkenaan menimpa anak-anak mereka.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nazirah Hassan, berkata kes dera di taska adalah satu fenomena yang perlu dihapuskan di negara.

Menurutnya, bagi melaksanakan perkara itu, kerajaan perlu mengekang dan mengambil kira kawalan serta penambahbaikan kepada tiga kumpulan sasar.

“Antaranya adalah meningkatkan kawalan di taska iaitu dengan pemantauan rapi secara berkala oleh pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat dengan mengambil kira isu persekitaran, kebersihatan dan kesihatan.

“Peningkatan kawalan keselamatan dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV) amat membantu dan berkesan dalam usaha meningkatkan pemantauan rapi,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Dr Nazirah Hassan
Dr Nazirah Hassan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai video yang tular di media sosial yang memaparkan seorang guru di sebuah taska swasta di Shah Alam mencampak seorang kanak-kanak lelaki ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung.

Video itu mengundang kecaman dan reaksi negatif daripada warganet di media sosial minggu lalu.

Mengulas lanjut, Nazirah berkata, aspek pengambilan guru taska juga perlu diteliti semula dengan mengutamakan individu yang mempunyai latar belakang Pendidikan Awal Kanak-kanak.

“Pihak taska juga disaran untuk melaksanakan pemantauan terhadap kesihatan mental guru-guru secara berkala dan menyediakan latihan yang mengkhususkan kepada perguruan kanak-kanak serta kesejahteraan emosi.

“Selain itu, pihak berwajib juga perlu menyediakan platform untuk guru mendapatkan bantuan kaunseling dan melaporkan masalah atau tekanan,” katanya.

Beliau yang mempunyai berkepakaran dalam tingkah laku jenayah berkata, kerjasama ibu bapa dan guru juga perlu diperkukuhkan dalam usaha mengekalkan taska yang sihat.

Katanya lagi, kerajaan juga perlu menyediakan sistem maklum balas untuk ibu bapa terhadap taska dan guru bagi membolehkan mereka melaporkan sebarang tindakan agresif mahu pun salah laku di premis pendidikan terbabit.

“Ibu bapa juga harus diberikan pendidikan tentang kepentingan untuk mengenal pasti perubahan tingkah laku anak-anak,” katanya. - Getaran, 30 Mac 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad