web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Batu Puteh: Bantahan Lantikan Mohamed Apandi Sepatutnya Dibuat Awal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 2:14PM

Pulau Batu Puteh - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebarang bantahan mengenai kedudukan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas (PPK) Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sewajarnya dibangkitkan lebih awal untuk perhatian kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tiada isu berbangkit berkaitan keputusan Jemaah Menteri pada 29 Oktober 2021 untuk melantik Mohamed Apandi sebagai Pengerusi PPK memandangkan pertimbangan sewajarnya telah dilaksanakan terhadap keputusan menubuhkan pasukan petugas itu.

Katanya beliau dan PPK  mengambil maklum pendirian bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir  Mohamad untuk tidak meneruskan sesi temu bual saksi bersama Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance di Jabatan Peguam Negara, semalam.

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar fail
Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar fail

Wan Junaidi berkata ini selaras dengan kenyataan Dr Mahathir untuk tidak memberikan kerjasama selagi Mohamed Apandi masih bertindak sebagai Pengerusi PPK.

“PPK hanya ingin mendengar dan mendapatkan pandangan mengenai situasi pada 2018 apabila kerajaan menarik balik rayuan kes ini di International Court of Justice (ICJ). Tun (Dr Mahathir Mohamad) sedia maklum pelantikan Pengerusi PPK dan beliau (Dr Mahathir) sebenarnya boleh menolak untuk hadir ke sesi pagi (semalam) di Jabatan Peguam Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Junaidi berkata keputusan Dr Mahathir itu amat mengecewakan selain mengejutkan panel penemubual dan perkara-perkara yang sepatutnya dapat dikongsikan bekas Perdana Menteri itu tidak dapat diperoleh PPK.

Menurutnya, PPK dilantik dengan tujuan spesifik meninjau dan mengkaji opsyen-opsyen perundangan untuk Malaysia serta menyiasat berkaitan penarikan rayuan kes itu di ICJ pada 2018.

“PPK telah menjalankan tugas selama tujuh bulan sehingga laporan interim dan laporan akhir siap, serta sedang menyediakan tindakan susulan.

“Adalah mustahil untuk saya bertindak sewenang-wenangnya tanpa sebarang justifikasi bagi mengeluarkan Mohamed Apandi sebagai pengerusi apabila Jemaah Menteri membuat keputusan berkaitan pelantikan beliau,” katanya.

Menteri itu menegaskan PPK tetap meneruskan komitmen dan tanggungjawab menghasilkan laporan akhir seperti yang dirancang selaras dengan tujuan penubuhannya untuk meneliti hala tuju berhubung kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. - Bernama
 

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad