web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hentikan Layanan Kelas Kedua! Anak Trauma Hak Kerakyatan Masih Jadi Teka-Teki

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2022 6:01PM

Esther dan anaknya ketika berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara baru-baru ini. - Gambar dari Twitter @EstherJohor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Adakah kuasa memberikan hak kerakyatan bagi kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia dan berkahwin dengan warga asing terletak pada ‘tangan ghaib’?

Itu antara persoalan dibangkitkan warganet apabila kisah perjuangan beberapa wanita dalam mendapatkan kerakyatan anak mereka masih berlarutan sehingga hari ini dan tular di media sosial.

Menurut perkongsian EstherJohor di Twitternya, dia kecewa apabila penantian anak perempuannya untuk menjadi warganegara Malaysia selama lebih enam tahun masih tidak membuahkan hasil.

“Selepas berkali-kali kunjungan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kami berdua sangat letih dan kecewa.

“Dua minggu lalu, saya dimaklumkan dokumen saya telah diterima kerana perintah mahkamah tetapi mereka tidak akan memprosesnya lagi. Bilakah mereka akan memprosesnya? ‘Itulah mengikut pentadbiran kami’. Tiada siapa tahu bila mereka akan mula memproses permohonan itu,” katanya.

Esther berkata, semasa berkunjung ke pejabat JPN pada 10 Jun lalu, dia diminta supaya datang semula dalam tempoh enam bulan lagi.

“Pada kunjungan hari ini (10 Jun), saya diberitahu, tunggu sehingga enam bulan kemudian baru datang semula.

''Adakah saya akan mendapat dokumen saya pada masa itu? Tiada siapa yang tahu,” katanya dengan menyertakan tanda pagar #ManaDokumenKami.

Jelas EstherJohor lagi, dia sudah menyerahkan Borang D atau Borang Permohonan Daftar Kelahiran Luar Negara kira-kira 95 hari lepas manakala permohonan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan untuk proses tersebut dibuat lebih enam tahun lalu.

“Berapa lama lagi kami masih perlu menunggu? Adakah saya akan mendapatnya? Berhenti melayan ibu-ibu warganegara Malaysia sebagai rakyat kelas kedua dan berikan dokumen kami sekarang!

“Ibu mungkin boleh bertolak ansur dengan diskriminasi terhadap diri sendiri tetapi kami tidak boleh bertolak ansur diskriminasi terhadap anak-anak kami,” katanya.

Tegasnya, anak-anak yang dilahirkan di luar negara berhak mendapat layan sama rata di tanah air mereka.

“Ia tidak sepatutnya mengambil masa yang lama. Kalau nak reject kenalah terus terang dengan sebab dan fakta. Janganlah masih diproses seumur hidup kami.

“Ia mesti adil. Kalau adil saya akan tutup mulut terus,” katanya.

EstherJohor turut menandakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam ciapannya itu.

“@IsmailSabri60 sempena Hari Ibu (14 Jun): Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia.

“Mengapa mendiskriminasi kami hanya kerana kami ibu bukan bapa? Kami telah menunggu cukup lama,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Twitter, Rachel Ng, mendakwa anaknya trauma dan mengalami kemurungan disebabkan masalah yang masih berlarutan sejak lapan tahun lalu.

“Sejurus kami tiba di JPN semalam (11 Jun), mood anak saya serta-merta bertukar dari biasa kepada murung, sebab dia ingat tempat ini di mana kami habiskan berjam-jam lamanya untuk menjadikannya rakyat Malaysia.

“Dia trauma. Sebagai seorang ibu, saya amat rasa bersalah. Tetapi apa pilihan yang saya ada? Saya cuba melindunginya setakat yang mampu,” katanya.

Menurut beliau, ramai pihak termasuk kerajaan tidak menyedari kesan dialami kanak-kanak terbabit.

“Ramai orang termasuk kerajaan kita sendiri nampaknya tidak menyedari kanak-kanak ini benar-benar menderita.

“Kerajaan bertindak seolah-olah kanak-kanak ini tidak wujud (atau lebih teruk lagi mereka menjadi ancaman negara),” katanya.

Rachel Ng turut meluahkan kekecewaan terhadap perjuangannya yang tidak dipandang serius kerajaan.

“Semua ibu telah berusaha bertahun-tahun tetapi kami tidak pernah diambil serius. Sekarang adalah peluang terbaik untuk menamatkan omong-omong kosong ini untuk semua.

“Tetapi itu bermakna mengheret anak-anak kami ke barisan hadapan dan berjuang bersama kami. Kami penat. Bilakah ini akan berakhir,” keluhnya. 

Perkongsian tersebut turut mendapat simpati warganet yang menyifatkan tindakan melengah-lengkah permohonan itu sebagai double standard.

“Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya membantu Mrs Rachel,” kata Ir Kumar. - Getaran, 26 Jun 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran