web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kamu Jual Rokok Atau Kopi? NGO Tempelak Pengusaha Kedai Kopi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2022 12:51PM

Pengusaha kedai kopi dan kedai makan sepatutnya menyokong pelaksanaan undang-undang larangan merokok di premis makan yang telah diwartakan sejak 2019. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kebimbangan sekumpulan pengusaha kedai kopi terhadap kemungkinan perniagaan mereka akan terjejas jika larangan merokok dikenakan terhadap individu lahir selepas tahun 2005 disifatkan sebagai tidak relevan.

Pengarah Kempen Selangor Bebas Rokok (SELBAR), Dr Mohd Afiq Mohd Nor berkata, sekumpulan kecil pengusaha kedai kopi itu disifatkan sebagai keliru dan pada masa sama, cuba pula mengelirukan masyarakat berhubung isu tersebut.

Menurutnya, pengusaha kedai kopi dan kedai makan sepatutnya menyokong pelaksanaan undang-undang larangan merokok di premis makan yang telah diwartakan sejak 2019.

“Sebaik undang-undang ini diperkenalkan, kita dapat lihat lebih ramai pelanggan datang dengan membawa ahli keluarga dan anak-anak kecil untuk makan di premis kerana rasa lebih selamat dan selesa untuk makan di luar.

“Kajian National Health and Morbidity Survey (NHMS) pula menunjukkan berlakunya penurunan pendedahan asap rokok kepada perokok pasif sehingga 41.9 peratus pada tahun 2019, berbanding 51.9 peratus pada tahun 2015,” katanya hari ini.

Dr Mohd Afiq Mohd Nor - Gambar dari Facebook Afiq Mohd Nor
Dr Mohd Afiq Mohd Nor - Gambar dari Facebook Afiq Mohd Nor

Dr Mohd Afiq berkata, beliau tidak faham mengapa perkara itu menjadi kerisauan sedangkan jelas ia membawa pelbagai kebaikan.

“Saya ingin bertanya, tuan pengusaha yang bising ini menjual rokok atau menjual kopi? Kenapa perlu risau sangat tentang rokok,” katanya, sinis.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris berhubung kebimbangan terhadap kemungkinan perniagaan mereka akan terjejas, apabila pelaksanaan undang-undang generasi penamat dikuatkuasakan kerana rokok seludup mudah diperoleh di negara ini.

Dr Mohd Afiq yang juga Pakar Perubatan Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, walaupun terdapat segelintir perokok yang degil kebelakangan ini, namun penguatkuasaan di lapangan telah dipertingkatkan semula sejak negara mula memasuki fasa peralihan endemik.

Beliau berkata, larangan memiliki dan merokok terhadap generasi yang lahir selepas 2005 tidak ada kaitan dengan perokok sedia ada, justeru beliau menasihatkan supaya pengusaha kedai kopi terbabit untuk tidak mengelirukan masyarakat dengan fakta yang salah.

“Generasi ini secara majoritinya masih bersih daripada tabiat buruk merokok ini, bahkan mereka masih di bawah umur yang dilarang merokok atau menghisap vape. 

“Tapi kenapa tuan pengusaha kedai kopi pula risau tentang rokok seludup terhadap golongan ini? Bukankah lebih bagus generasi ini tidak merokok dan tidak akan terus merokok selama-lamanya? Apatah lagi jika melibatkan rokok seludup,” katanya.

Komplikasi merokok telah menyebabkan kerugian yang besar kepada negara. - Gambar AFP
Komplikasi merokok telah menyebabkan kerugian yang besar kepada negara. - Gambar AFP

Mengulas lanjut, Dr Mohd Afiq berkata, kerajaan terpaksa mengeluarkan RM4 bagi setiap RM1 cukai yang diterima daripada rokok untuk merawat penyakit dan komplikasi akibat tabiat merokok.

Beliau berkata, komplikasi merokok telah menyebabkan banyak kerugian kepada negara.

“Sampai bila kerajaan perlu tanggung bebanan tersebut. Sebenarnya inilah masa untuk kita semua berganding bahu dalam menjayakan dasar baharu ini.

“Saya, tuan pengusaha kedai dan semua daripada kita pastinya tidak mahu anak-anak generasi kita terperangkap dan tertipu lagi dengan ketagihan nikotin yang akhirnya akan membinasakan kesihatan serta kehidupan generasi akan datang.

“Yang dah merokok dan vape pula bagaimana? Mereka ini, kita akan terus bantu sehingga berjaya berhenti selama-lamanya,” katanya. - Getaran, 26 Jun 2022


 

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Saya Sentuh Pipi Dengan Mesra’, Ketua UMNO Beruas Nafi Tampar Cucu Nik Aziz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: MB Jadi ‘Poster Boy’ BN - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad