web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangkitan COVID-19 Kekal Lepasi 2,000 Kes, Sifar Kematian Semalam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2022 12:05PM

Jangkitan harian COVID-19 menurun sedikit dengan 2,302 kes baharu direkodkan semalam berbanding 2,512 kes pada hari sebelumnya . - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Buat kali kedua dalam tempoh 18 bulan, negara sekali lagi merekodkan sifar kematian akibat jangkitan COVID-19 semalam.

Kali terakhir Malaysia merekodkan tiada kematian akibat virus berbahaya itu ialah pada 20 Jun lalu.

Angka kematian tertinggi sepanjang tahun ini pula ialah sebanyak 115 kes yang direkodkan 2 Mac lalu.

Sehingga semalam, kumulatif kematian akibat COVID-19 kekal pada 35,745 kes, termasuk 7,583 kes BID.

Sementara itu, data pada laman sesawang COVIDNOW menunjukkan angka jangkitan COVID-19 kekal melepasi paras 2,000 kes.

Bagaimanapun jangkitan harian COVID-19 menurun sedikit dengan 2,302 kes baharu direkodkan semalam, berbanding 2,512 kes kelmarin.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,554,661 kes.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 2,300 kes tempatan dan dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 28,010 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.1 peratus atau 26,929 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 16 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,034 orang atau 3.7 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 31 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 18 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 2,539 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,490,906 kes. - Getaran, 26 Jun 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 21 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar