Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Buli Pelatih Industri: Mahasiswa Bukan Orang Suruhan, 'Pembancuh Kopi'...

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2022 9:00AM

Gambar hiasan dari Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sepatutnya latihan industri yang diikuti adalah bagi memantapkan pengetahuan dalam bidang dipelajari, tetapi dilayan pula umpama ‘orang suruhan’ untuk melakukan kerja sampingan di luar skop tugas.

Itu nasib didakwa dialami segelintir mahasiswa yang menjalani latihan industri selama beberapa bulan sebagai syarat lulus kursus diikuti, seperti ditetapkan pihak institusi pengajian tinggi (IPT)

Menerusi kisah dikongsikan pelatih industri yang menjadi mangsa keadaan itu kepada Getaran, pelbagai bentuk tindakan atau ‘buli’ dikenakan pekerja senior atau penyelia kepada mereka.

Seorang mangsa buli rakan sekerja senior ketika mengikuti latihan industri selama beberapa bulan yang mahu dikenali sebagai Azman berkata, dia bukan setakat perlu melakukan tanggungjawab hakiki sebagai pelatih, malah diarah menyelesaikan kerja kakitangan itu.

Kongsinya, dia juga diminta melakukan tugas sampingan pentadbiran setiap hari, antaranya membancuh minuman dan memfotostat dokumen.

Azman berkata, adakala dia dan seorang rakan pelatih industri dari universiti sama dijadikan ‘orang suruhan’ untuk membelikan makanan, minuman serta barangan pekerja terbabit hampir setiap hari.

“Lebih melampau, kadang-kala kami terpaksa menggunakan duit sendiri apabila selepas membeli dan menyerahkannya, mereka enggan membayar dengan alasan tiada wang kecil. Walaupun hari seterusnya kami minta, mereka memberi pelbagai helah.

“Ada masa mereka panggil ketika saya atau rakan sedang sibuk menyelesaikan tugas diberikan bos dan meminta kami fotostat dokumen.

“Sekali tu saya sedang ke pantri untuk membancuh minuman dan secara tiba-tiba salah seorang daripada tiga senior yang sering ‘membuli’ kami ini, meminta saya membawakan segelas air untuk dirinya,” katanya.

Dia yang kini sudah bekerja di syarikat senibina terkemuka berkata, dua minggu pertama dilayan seperti itu, dia masih bersabar kerana enggan mencetuskan masalah sebagai pelatih industri.

Namun, katanya, menyedari pekerja senior itu semakin galak membuli, dia dan rakannya mengambil keputusan menegur tindakan mereka apabila disuruh keluar membelikan ‘jajan’.

Dia dan rakannya melakukan teguran itu dihadapan pekerja lain kerana bimbang sekiranya dibuat secara peribadi, mereka memutar belit cerita.

“Saya tanya secara baik, adakah apa yang disuruh mereka kepada kami dalam tempoh dua minggu lalu itu, antara tuntutan tugas kami kerana saya rasa ia arahan mereka sendiri untuk membuli. Rakan saya minta berjumpa bos bersama untuk kami tahu adakah itu skop kerja kami.

“Saya maklumkan sudah beritahu perkara itu kepada pensyarah saya dan beliau akan datang bertemu dengan bos keesokannya untuk berbincang mengenai buli dikenakan kepada kami sebagai pelatih industri.

“Mendengar apa kami perkatakan, ketiga-tiga senior itu terdiam dan seperti risau, sebelum seorang daripada mereka memohon maaf jika apa diminta melampaui batas. Saya kata tidak mengapa tetapi minta mereka berbincang dengan pensyarah apabila dia hadir bertemu bos,” katanya yang memaklumkan sejak itu mereka tidak dibuli dan dilayan secara profesional.

Azman berkata, sepatutnya pekerja sedia ada memahami status diri mahasiswa yang kebanyakannya berdepan sumber kewangan terhad untuk menampung keperluan bulanan diri sepanjang menjalani latihan industri, apatah lagi jika berasal dari keluarga kurang mampu.

Pemerhatian Getaran di beberapa saluran media sosial turut mendapati isu membuli pelatih industri sememangnya diperkatakan ramai yang mengecam tindakan itu.

“Beragaklah kalau nak buli intern (pelatih industri) pun, dia bukan hamba peribadi kau, melakukan perkara kecil untuk kau.

“Hanya kerana anda melalui pengalaman itu, anda buat perkara sama kepada orang lain. Ini biasa dijadikan alasan untuk membuli pelatih/junior sebab waktu dulu anda pun kena. Sepatutnya pengalaman itu jadikan anda lebih simpati, boleh jadi lagi baik dan buat urusan orang lain semakin mudah.

“Isu buli di tempat kerja sering berlaku dan kebiasaannya, ia membabitkan bebanan kerja melampau atau penafian hak.

“Secara jujurnya, perkara (buli) ini memang biasa berlaku. Pelatih kena bersuara atau bertanya kepada pembuli. Jika rasa wujud ketidakadilan, terus bersuara. Anda (pelatih) juga layak dilayan seperti manusia. Sebagai majikan adakala buli di tempat kerja dianggap biasa tapi kalau anda jenis tegas dan bersuara, mereka tak lah buli mentah-mentah.

“Apa nak buat ya bila bos buli intern (pelatih industri)? Kesian kat rakan saya kena jadi budak suruhan beli makanan, rokok dan sebagainya padahal dia kata dia datang nak belajar. Lepas tu elaun dapat bila ada job kat studio je.

Itu antara komen ditulis pengguna media sosial bagi menggambarkan kebenaran wujud sikap membuli mahasiswa ketika mereka menjalani latihan industri.

Mohd Effendy Abdul Ghani
Mohd Effendy Abdul Ghani

Sebelum ini, Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani mendedahkan kepada Getaran, pihaknya menerima 21,953 aduan kes buli di tempat kerja sepanjang kemuncak COVID-19, iaitu antara Mac hingga Ogos 2020.

“Aduan berkenaan diterima dalam bentuk emel dan panggilan telefon. Kita (MTUC) membantah keras sebarang tindakan berbentuk diskriminasi terhadap golongan pekerja termasuk buli,” katanya.

Mohd Effendy berkata, tindakan perlu diambil segera kerana kes buli di tempat kerja tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana dibimbangi akan memberi implikasi buruk kepada mangsa.

“Tak kisahlah siapapun, kita kena berikan layanan sama rata kerana ia tertakluk dalam undang-undang pekerja di Malaysia,” katanya.

Mohd Effendy menegaskan, mana-mana mahasiswa sedang menjalani latihan industri yang menjadi mangsa buli atau mengetahui wujud kelakuan itu, boleh berhubung dengan MTUC untuk mendapatkan pembelaaan, sekiranya aduan mereka kepada majikan tidak diendahkan atau tidak tahu bagaimana mengemukakan masalah berkenaan.

“MTUC tidak menerima aduan secara langsung daripada mangsa berhubung isu ini, tapi kita tahu ada juga pekerja termasuk kakitangan kontrak dan pelatih industri didiskriminasi, seperti dimalukan dan dibuli.

“Kita minta mereka ini ke depan membuat laporan. Jika membabitkan buli fizikal, mental dan seksual, sebagai rakyat kita ada hak di bawah undang-undang berkaitan,” katanya. – Getaran, 19 Jun 2022

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Isham Jalil Kemuka Representasi Untuk Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Badan Kehakiman

Politik 19 jam yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

oleh Sophia Ahmad