web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jadikan Sidang Parlimen Depan Sidang 'Parlimen Reformasi'

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2022 1:28PM

Sidang Parlimen akan bermula dari 18 Julai sehingga 4 Ogos depan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kabinet pada Rabu ini digesa mengambil keputusan untuk menjadikan sidang Parlimen selama 14 hari iaitu dari 18 Julai sehingga 4 Ogos depan sebagai sidang 'Parlimen Reformasi' yang bersejarah.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, beberapa langkah boleh diambil pada sidang berkenaan menerusi arahan dan kuasa diberikan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Lim Kit Siang - Gambar fail
Lim Kit Siang - Gambar fail

Langkah pertama jelas beliau, adalah pembentangan beberapa undang-undang reformasi seperti pengharaman melompat parti dan pemansuhan hukuman mati mandatori.

Kedua, tambah Kit Siang, adalah memberikan komitmen bahawa Parlimen tidak akan dibubarkan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sehingga perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diberikan kepada pemansuhan hukuman mati mandatori.

"(Selain itu) Terbitkan kepada orang awam Laporan Richard Malanjum mengenai Hukuman Alternatif kepada Hukuman Mati Mandatori.

"Pastikan tidak ada hukuman mati dilaksanakan sementara kerajaan mengkaji hukuman alternatif untuk lebih daripada 2,000 orang pesalah yang sedang menanti hukuman mati bagi 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori sebelum ini," katanya hari ini.

Ketiga, tambah Kit Siang, adalah menasihati Yang di Pertuan Agong untuk merangka pelan jangka panjang bagi memastikan Malaysia dapat mencapai aspirasinya sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia.

Beliau berkata, ini dilakukan dengan mengembalikan negara kepada semua prinsip asas yang telah dipersetujui bapa penubuhan negara, seperti termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara.

"Keempat, pastikan Malaysia tidak akan menjadi negara gagal pada bila-bila masa sekalipun dengan menyemak semula mengapa Wawasan 2020 gagal mencapai sembilan cabaran strateginya untuk membentuk Bangsa Malaysia dan mengapa Pelan Pembangunan Pendidikan (MEB) 2013-2025 gagal untuk mewujudkan transformasi pendidikan di dalam negara," katanya. - Getaran, 13 Jun 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran