Berita Terkini

47 minit yang lalu: 23 warga Taiwan ahli sindiket tipu beli barang dalam talian ditahan 1 jam yang lalu: Ambank jangka OPR naik 50 bps, kadar inflasi antara 2.8-3.0 peratus pada 2022 2 jam yang lalu: Vaksin COVID-19: Korea Selatan tunggu masa untuk dipasarkan 2 jam yang lalu: Hakim kecewa, tegur Guan Eng buat kenyataan media berhubung kesnya 2 jam yang lalu: Malaysia kongsi keupayaan MURNInets pada WUF11 di Poland

IKUTI KAMI


Tangguh Bacaan Kedua RUU Kesatuan Sekerja, Patuhi Konvesyen 144 ILO - CAMU

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2022 8:56PM

RUU berkenaan akan melibatkan pindaan ke atas sembilan peruntukan berkaitan kepelbagaian Kesatuan Sekerja dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959 semasa. - Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menangguhkan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Kesatuan Sekerja 1959, sekali gus mematuhi Analisis Impak Peraturan 2013 dan Konvensyen 144 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Pengerusi Gabungan Menentang Kepelbagaian Kesatuan Sekerja (CAMU), Zulfakar Mohamed berkata, kerajaan telah mengabaikan Analisis Impak Peraturan (RIA) dikeluarkan pada 15 Julai 2013, yang menetapkan bahawa sebarang cadangan peraturan baharu atau pindaan ke atas peraturan akan melibatkan perundingan dengan pihak berkepentingan serta berkaitan.

Menurut beliau, kerajaan juga tidak mengendahkan Konvensyen 144 ILO mengenai Perundingan Tiga Pihak yang memerlukan perundingan dengan pihak berkepentingan utama mengenai dasar buruh.

“Malaysia telah meratifikasi konvensyen ini pada 14 Jun 2002, malah CAMU juga membantah cadangan untuk memperkenalkan peruntukan berkaitan ‘kepelbagaian Kesatuan Sekerja’ dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959.

“RUU ini mencadangkan Akta Kesatuan Sekerja 1959 dipinda bagi membenarkan lebih daripada satu Kesatuan Sekerja wujud bersama dalam pertubuhan, perdagangan, pekerjaan dan industri yang sama atau serupa,” katanya hari ini.

Zulfakar berkata, RUU berkenaan akan melibatkan pindaan ke atas sembilan peruntukan berkaitan kepelbagaian Kesatuan Sekerja dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959 semasa.

“Kerajaan telah gagal untuk mempertimbangkan kesan negatif ekoran wujudnya kepelbagaian Kesatuan Sekerja dalam pertubuhan, perdagangan, pekerjaan atau industri yang sama/serupa.

“Kepelbagaian Kesatuan Sekerja akan menghakis solidariti dalam kalangan pekerja, melemahkan suara sepakat semua ahli kesatuan, mewujudkan persaingan antara kesatuan sekerja di setiap premis dan mencetuskan ketidakstabilan, ketidakharmonian dan perpecahan di tempat kerja,” katanya.

Pindaan RUU itu juga tegas beliau, akan membawa kepada tindak-tanduk ‘mencuri’ keahlian antara Kesatuan Sekerja selain menghakis sosioekonomi dan hak pekerja.

“Tindakan majikan memusnahkan/membunuh Kesatuan Sekerja akan meningkat, malah ia juga mendorong kewujudan Kesatuan Sekerja boneka.

“Kepelbagaian Kesatuan Sekerja di tempat kerja pula akan menyebabkan gaji serta faedah pekerja ditindas manakala ketidaksamaan pendapatan akan semakin meluas,” katanya.

Zulfakar menarik perhatian, pindaan disyorkan akan mengakibatkan ketidakharmonian industri di tempat kerja yang akan memberi kesan negatif ke atas produktiviti, sekali gus membawa impak buruk terhadap pertumbuhan ekonomi negara.

“Mahkamah Persekutuan yang merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia dalam kes Kesatuan Pekerja-Pekerja Bukan Eksekutif Maybank Bhd lawan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank & Anor [2018] 2 MLJ 590 telah memutuskan bahawa sudah ada Kesatuan Sekerja sedia ada mewakili dan memenuhi industri tertentu yang sama, dan ia sepatutnya mengingatkan Ketua Pengarah (Kesatuan Sekerja) bahawa kepelbagaian Kesatuan Sekerja berkenaan dengan pekerjaan sama bukan sesuatu terbaik dalam (memelihara) keharmonian industri.

“Percubaan untuk memperkenalkan peruntukan berkaitan aspek kepelbagaian Kesatuan Sekerja oleh kerajaan secara terang-terangan mengetepikan kebimbangan disuarakan oleh Mahkamah Persekutuan, yang mengatakan bahawa kepelbagaian Kesatuan Sekerja berkenaan dengan pekerjaan yang sama bukan sesuatu yang baik (dari sudut) keharmonian industri,” katanya. - Getaran, 12 Jun 2022

Sorotan

1

Sivasangari Terlibat Kemalangan, Impian Ke Komanwel Birmingham Musnah

2

Lengahkan Permohonan Kerakyatan Anak Lahir Luar Negara, JPN Ingkar Perintah Mahkamah?

3

Waktu Sertai Gegar Vaganza 8, Nikki Palikat Sudah Bercerai 

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Harga Makanan Rendah Hanya Tolak Petani Ke Tahap Kemiskinan Lebih Dalam

oleh Sofian Baharom

Sukan 2 jam yang lalu

Kejohanan Dunia 2022: Pandelela Ke Final

Semasa 1 hari yang lalu

KUSKOP Lulus Bantuan RM1.54 Juta Kepada Koperasi Di Selangor

Semasa 1 hari yang lalu

Taklimat Khas Perkhidmatan 5G Kepada Pemuda UMNO, Jumaat Ini - Annuar