web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hari Lautan Sedunia: Semua Pihak Perlu Selamatkan Lautan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2022 1:48PM

Hari Lautan Sedunia disambut setiap 8 Jun bagi memberikan kesedaran kepada aspek pemuliharaan laut. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Tindakan secara kolektif oleh semua lapisan masyarakat sangat diperlukan untuk menyelamatkan lautan yang semakin terancam ketika ini.

Ketua Pusat Tadbir Urus Lautan Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Dr Wan Izatul Asma Wan Talaat berkata data saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terbaharu menunjukkan populasi ikan bersaiz besar telah berkurangan sebanyak 90 peratus.

“Selain itu, data tersebut juga menunjukkan kemusnahan terumbu karang terus meningkat sebanyak 50 peratus. Kita telah mengeksploitasi lautan lebih daripada yang boleh diisi semula manakala kepesatan pembangunan fizikal di muka bumi telah mengakibatkan kesan yang buruk kepada lautan. 

“Pemanasan global juga telah mengakibatkan perubahan iklim melampau yang mendadak. Apabila lautan menjadi panas, lebih banyak air meruap ke atas menjadi kelompok awan yang akhirnya membentuk taufan besar dan ribut kuat yang melanda pantai serta memusnahkan penempatan dan infrastuktur," katanya dalam kenyataan bersempena sambutan Hari Lautan Sedunia 2022 hari ini.

Wan Izatul Asma berkata atmosfera panas juga mengakibatkan glasier dan pek salji di pergunungan serta perisai ais di Antartika menjadi cair seterusnya menyebabkan peningkatan paras air laut yang mengancam kawasan pesisiran pantai Malaysia. 

Beliau berkata situasi itu sangat membimbangkan kerana peranan lautan kepada bumi sangat besar iaitu menghasilkan sekurang-kurangnya 50 peratus oksigen, menjadi habitat semula jadi kebanyakan sumber biodiversiti bumi dan merupakan sumber protein utama kepada penduduk dunia. 

“Pendek kata, lautan adalah kunci kepada kehidupan dan sumber ekonomi dunia dengan anggaran 40 juta individu bergantung hidup di dalam industri berasaskan lautan menjelang 2030," katanya.

Oleh itu, beliau berkata penglibatan komuniti tempatan juga sangat penting dalam memastikan usaha menyelamatkan lautan dapat dilaksanakan secara berkesan.

“Contohnya, Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat telah menyarankan 10 langkah bagi masyarakat untuk menyelamatkan lautan seperti menjimatkan penggunaan air, mengurangkan bahan pencemar dan melaksanakan sistem penangkapan ikan secara bertanggungjawab.

“Selain itu, masyarakat digalakkan menjadi sukarelawan untuk pembersihan pantai serta kawasan tadahan hujan dan memastikan bot berlabuh di kawasan berpasir jauh dari karang dan rumput laut," katanya. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar