Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Potong Rambut Murid Bukan Tugas Guru, Ibu Bapa Sila Bertanggungjawab

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2022 6:35PM

NUTP memaklumkan guru tidak sepatutnya memotong rambut murid kerana ‘tugas’ itu adalah tanggungjawab ibu bapa dan jika berlaku kesilapan, ia pasti mengakibatkan masalah susulan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aspek kerapian penampilan pelajar, khususnya rambut dan kuku sememangnya termaktub dalam peraturan disiplin sekolah seperti digariskan Kementerian Pendidikan (KPM).

Berdasarkan Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 tahun 1976, KPM menetapkan murid supaya mengikuti arahan penyimpanan rambut yang betul ketika berada di sekolah.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Wang Heng Suan berkata, guru tidak sepatutnya memotong rambut murid kerana ‘tugas’ itu adalah tanggungjawab ibu bapa.

Katanya, sekiranya guru memotong rambut pelajar dan berlaku kesilapan, ia pasti mengakibatkan masalah susulan.

“Memang cikgu tidak dibenarkan (potong rambut murid) kecuali dia (murid) ada masalah disiplin, itu pun sebenarnya tak boleh buat dan tak dibenarkan, tetapi ada pihak sekolah yang tolong gunting,” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Wang Heng Suan
Wang Heng Suan

Heng Suan berkata, tanggungjawab memastikan anak mengikut segala peraturan sekolah sebagai usaha mendisiplinkan mereka turut terletak di tangan ibu bapa, bukan semata-mata peranan sekolah.

“Tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka mengikut segala peraturan sekolah untuk mendidik.

“Pendidikan ini bukan sebelah tangan sahaja, sebaliknya pelbagai pihak, iaitu ibu bapa, guru dan masyarakat pun kena main peranan, barulah benda itu akan jadi sebab peraturan dibuat untuk disiplinkan pelajar,” katanya.

Menurut Heng Suan, disiplin berhubung pemotongan rambut pelajar perlu mengikut spesifikasi ditentukan KPM, seperti had ukuran panjang dan gaya yang dibenarkan.

“Kita tak boleh kata pelajar lelaki ini suka rambut panjang jadi tidak perlu dipotong mengikut spesifikasi ditentukan.

“Ada pula pelajar rambutnya pendek tetapi membuat gaya ‘funky’ dan ‘spike’, itu pun tak boleh sebab kita kelaskan ia sebagai rambut berfesyen. Dia tak boleh buat macam itu, dia kena ikut spesifikasi dia, sudah ditetapkan,” tegasnya.

Senada dalam perkara itu adalah Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan yang meminta ibu bapa menitikberatkan penampilan anak selaras dengan garis panduan ditetapkan KPM.

“Saya percaya ibu bapa atau penjaga sedia memakluminya (peraturan ini). Secara peribadi saya menyokong kuat tindakan pihak sekolah memeriksa secara berkala dan mengejut kuku serta rambut panjang atau tidak terurus pelajar, sebagai antara cara untuk mendisiplinkan kendiri mereka.

“Apapun bagi saya, disiplin tidak sepatutnya hanya di sekolah. Disiplin kendiri hendaklah bermula dari keinsafan diri sendiri dan kerjasama keluarga, khususnya ibu bapa serta penjaga sendiri di rumah,” katanya kepada Getaran.

Dr Mohamad Ali Hassan
Dr Mohamad Ali Hassan

Bagaimanapun, Mohamad Ali berkata, seeloknya guru memberi tumpuan untuk mendidik dan tidak melakukan tugas memotong rambut pelajar.

Pada masa sama, beliau mencadangkan supaya sekolah mengumpulkan mana-mana pelajar yang tidak mengikuti peraturan ditetapkan dan mendapatkan perkhidmatan tukang gunting rambut untuk memotong rambut mereka.

Katanya, ibu bapa perlu dipanggil sebagai ‘saksi’ ketika rambut anak mereka dipotong dan kos upah perkhidmatan itu dibiayai mereka sepenuhnya.

“Bagi ibu bapa yang masih gagal memenuhi garis panduan ditetapkan, anak mereka juga patut didenda melakukan kerja amal yang munasabah di sekolah iaitu tidak terlalu berat tapi berbentuk amal jariah serta kebajikan.

“Usahlah ‘memaksa’ guru pula membuat kerja pentadbiran, seperti mengunting rambut, tetapi mengaturkan untuk keselesaan dan kepatuhan semua,” katanya.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan tindakan seorang guru memotong rambut pelajar sebagai hukuman kerana terlalu panjang.

Paparan itu menerima pelbagai respon daripada pengguna, termasuk mempertikaikan tindakan tersebut.

Ada antara mereka memberikan pendapat supaya sekolah memanggil tukang gunting untuk menggunting rambut pelajar.

Isu berkenaan turut mendapat reaksi daripada guru dan pempengaruh media sosial dengan 547,660 pengikut di Facebook yang sering mengetengahkan topik serta memperjuangkan isu pendidikan, Mohd Fadli Salleh.

Jelasnya, sememangnya ia tidak sepatutnya menjadi isu memandangkan sudah termaktub dalam ‘buku undang-undang’ sekolah.

“Dah masuk sekolah kerajaan, serba serbi percuma, bil api air pun tak perlu bayar, yuran bulanan tak ada, sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBGN) pun tak wajib, ikut je lah peraturan sekolah.

“Dah tu kau tak reti nak bawa anak ke kedai gunting? Atau kau la panggil tukang gunting datang rumah potong rambut anak kau dah kau spesis manjakan anak sangat. Tak boleh ikut peraturan, bersedialah untuk dihukum, bukan minta dilayan macam raja.

“Ikut je lah peraturan tu. Dah susah sangat ikut peraturan, kumpul duit banyak-banyak hantar anak sekolah swasta yang bayaran RM60,000 setahun tu. Sekolah swasta pun masih ada undang-undang okeh (ok),” tulisnya menerusi hantaran di Facebook. – Getaran, 5 Jun 2022

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan, Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

Semasa 1 hari yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Tidak Harus Didebatkan - Sim

Semasa 7 jam yang lalu

Harumanis Tiruan Tak Jejas Pasaran Baka Asli Perlis

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 18 jam yang lalu

PM Harap Terminal Baharu LTSIP Jana Lebih Banyak Peluang Ekonomi Di Kelantan