web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Akta Perikanan Bakal Ditambah Baik Elak Nelayan Asing Jarah Hasil Laut

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 9:29AM

Jabatan Perikanan sedang mengadakan sesi rundingan dengan nelayan bagi mendapatkan pandangan untuk menambah baik Akta Perikanan 1985. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Perikanan sudah mengadakan sesi rundingan awam dan perjumpaan bersama sebahagian pihak berkepentingan bagi mendapatkan pendapat serta maklum balas berkaitan cadangan pindaan Akta Perikanan 1985.

Bercakap kepada Getaran, sumber terdekat agensi kerajaan itu menegaskan, proses pindaan terbabit bermula sejak tahun 2019, namun tertangguh dan mengalami kesulitan disebabkan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan kerajaan akibat pandemik COVID-19.

Pegawai Jabatan Perikanan yang enggan dikenali itu berkata, pemahaman dan sokongan daripada pemegang taruh, khususnya nelayan sangat diperlukan bagi memastikan undang-undang baharu terbabit, diluluskan demi mengekang bekalan ikan tidak ‘ghaib’ dari perairan negara.

“Jabatan Perikanan sudah pun mula berjumpa dengan nelayan dan golongan profesional, seperti pensyarah mahupun pakar bidang perairan Malaysia. Bagaimanapun, kita belum sepenuhnya berjumpa pemegang taruh disebabkan COVID-19.

“Insyallah, selepas negara memasuki fasa endemik ini, kita akan menggerakkan usaha untuk berjumpa semua pihak berkepentingan bagi memastikan undang-undang digubal nanti dilaksanakan secara menyeluruh, demi membanteras kekurangan bekalan ikan disebabkan pelbagai faktor,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Undang-undang yang digubal kelak perlu dilaksanakan secara menyeluruh demi membanteras kekurangan bekalan ikan yang disebabkan oleh pelbagai faktor.
Undang-undang yang digubal kelak perlu dilaksanakan secara menyeluruh demi membanteras kekurangan bekalan ikan yang disebabkan oleh pelbagai faktor.

Terdahulu, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjaya meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perikanan (Pindaan) 2019 di mana denda maksimum bagi pemunya atau nakhoda vesel asing yang menceroboh perairan Malaysia, dicadang dinaikkan daripada RM1 juta kepada RM6 juta, selain penalti bagi tiap-tiap anggota kru digandakan daripada RM100,000 kepada RM600,000.

Datuk Seri Salahuddin Ayub ketika memegang jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menegaskan, pindaan bagi menaikkan denda itu adalah sesuai berikutan kadar denda semasa mengikut Akta Perikanan sangat rendah berbanding negara serantau lain.

Pada masa sama, beliau berkata, bagi membanteras masalah bot klon, kerajaan melalui Jabatan Perikanan sedang meningkatkan ciri pengenalan dan keselamatan vesel tempatan dengan menggunakan QR Barcode.

Jelasnya, pengenalan frekuensi radio (RFID) selain sistem pelesenan ketat menggunakan pengesanan melalui satelit, iaitu unit pengesanan bergerak serta syarat turut dirancang.

Bagaimanapun, penggunaan teknologi tersebut tidak pernah dilaksanakan sehingga isu kekurangan bekalan ikan menjadi tidak berkesudahan sehingga kini.

Dalam pada itu, sumber berkata, sekiranya sudah bersedia, Jabatan Perikanan akan mencadangkan kepada kerajaan dan Ahli Parlimen untuk meminda Akta Perikanan 1985, khususnya membabitkan nelayan asing yang kini dianggap langsung tidak menggerunkan penceroboh.

“Selain mengadakan pertemuan, pihak kita akan menyemak dan meneliti perkara berkenaan, termasuk menambah hukuman kepada pesalah yang merompak hasil laut negara,” katanya.

Jelasnya, proses pindaan itu dicadangkan kerana tidak pernah digubal secara sepenuhnya dalam memastikan hukuman berat dikenakan kepada nelayan asing yang melakukan penangkapan haram, di samping kawalan terhadap nelayan tempatan menggunakan peralatan perikanan yang mampu mengancam ekosistem marin.

“Kali terakhir dipinda adalah pada tahun 2019, namun ia tidak dilakukan secara menyeluruh. Pindaan hanya setakat menaikkan penalti am bagi kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

“Justeru, kita berharap agar pelbagai pihak berkepentingan yang mempunyai kaitan dengan bekalan hasil laut negara, memberi kerjasama kepada kita dalam menyalurkan maklum balas terbaik agar kita dapat melaksanakan undang-undang lebih ketat, khususnya terhadap pencerobohan nelayan asing menjarah hasil ikan di laut Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Getaran melaporkan Malaysia bukan sahaja ‘terbeban’ dengan kewujudan kartel yang mengawal harga dan pengeluaran ikan di Semenanjung sehingga bekalan hasil laut itu semakin berkurangan.

Malah, kerakusan nelayan asing yang semakin berani menceroboh perairan negara untuk mengaut ikan menyebabkan bekalannya semakin ‘ghaib’, di samping memberi implikasi besar terhadap nelayan tempatan.

Lebih menakutkan, hasil laut negara didakwa mungkin pupus dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, sekiranya kegiatan terbabit gagal dikawal.

Bagaimanapun, isu berkenaan dilihat tidak akan menemui noktah kerana menerusi maklumat diperoleh Getaran, wujud agensi kerajaan yang sanggup menjadi orang tengah bagi membolehkan permohonan nelayan asing, khususnya warganegara Vietnam untuk mendapat lesen menangkap ikan di Malaysia dipermudahkan. - Getaran, 4 Jun 2022.

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: MB Jadi ‘Poster Boy’ BN - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Politik 17 jam yang lalu

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

oleh Amirah Abu Bakar