web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sheikh Roslan Bersara Selepas 26 Tahun Bergelar Imam Besar Masjid Negeri Kedah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2022 4:45PM

Sheikh Roslan Abdul Halim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Bagi pencinta Al-Quran di negeri ini atau di seluruh tanah air, nama Datuk Sheikh Roslan Abdul Halim, 60, sudah tentu amat dikenali sebagai antara individu yang mampu menghasilkan bacaan menjentik jiwa, dalam alunan cukup indah.

Berasal dari Baling, Kedah, Sheikh Roslan yang juga Imam Besar Masjid Negeri, Masjid Zahir sejak 26 tahun lalu, akhirnya melepaskan jawatan tersebut pada 24 Mei 2022 kerana bersara wajib.

Sepanjang tempoh itu katanya, terlalu banyak kenangan tercipta, termasuk yang paling manis, kepercayaan ditunjukkan Sultan Kedah ke-28, Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

"Antara kenangan bersama baginda yang sukar dilupakan adalah pada hari kemangkatan Sultanah Kedah, Sultanah Bahiyah Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 2003. Sejak jam 6.15 pagi, saya sudah berada dalam kamar baginda di Istana Kuala Cegar untuk membaca Yassin dan doa buat Sultanah yang sedang gering.

"Dalam kamar tersebut cuma ada Tuanku Sultan, Tunku Puteri Intan Safinaz, tiga kerabat Sultanah serta seorang doktor pakar. Saya hanya keluar dari kamar tersebut kira-kira jam 11.30 pagi setelah menyembah maklum kepada baginda untuk pulang sebentar bagi membersihkan diri, sebelum dimaklumkan mengenai kemangkatan Sultanah dan diberi tanggungjawab mengimamkan solat jenazah," katanya kepada Getaran di sini, hari ini.

Beliau yang juga pemegang ijazah dalam bidang Al-Quran Wal-Qiraat dari Universiti Al-Azhar di Mesir berkata, tempoh khidmatnya yang panjang di masjid tersebut turut berpunca daripada kepercayaan diberikan baginda terhadapnya.

"Dalam masa sama, saya juga menolak tiga tawaran lain termasuk di luar negara dan ibu kota, menyebabkan saya kekal dengan jawatan sama sebagai Imam Besar Masjid Zahir sejak melapor diri pada 16 Mac 1996 hinggalah bersara wajib pada 24 Mei lalu," katanya.

Sheikh Roslan (kanan) bersama rakan-rakannya iaitu Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang (kiri) serta Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim (tengah).
Sheikh Roslan (kanan) bersama rakan-rakannya iaitu Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang (kiri) serta Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim (tengah).

Mengulas lanjut katanya, beliau juga berbesar hati dapat berbakti buat kali terakhir untuk Sultan Abdul Halim apabila baginda mangkat pada 11 September 2017.

"Apabila baginda mangkat, saya diamanahkan membaca Al-Quran bersama anak-anak tahfiz di istana. Selain itu, saya turut mengimamkan solat jenazah selain diberi tanggungjawab membacakan talkin.

"Semua momen tersebut akan saya simpan sebagai kenangan, hingga ke akhir hayat," katanya.

Sementara itu Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang ketika mengulas perkenalan dengan Sheikh Roslan menyifatkan kemahiran dimiliki Sheikh Roslan dalam bidang Al-Quran merupakan kurniaan Tuhan yang disifatkannya sebagai luar biasa.

"Susah nak dapat orang yang memiliki suara merdu dan 'cantik' seperti beliau. Kemahiran yang ada padanya sememangnya sukar didapati pada individu lain.

"Justeru memang selayaknya beliau berada di Masjid Zahir. Kini saya mengharapkan beliau dapat terus menyumbangkan ilmu dan kepakarannya kepada masyarakat umum, walaupun setelah bersara," katanya.  

Berikutan kepakaran dimilikinya, Sheikh Roslan turut menjadi menjadi hakim Hafazan dan Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan, serta hakim tilawah peringkat antarabangsa di pelbagai negara antaranya Arab Saudi, Afrika Selatan, Libya. - Getaran 31 Mei 2022. 

Sorotan

1

PM Sampaikan Perutusan Negara 9 Malam Ini

2

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Cuba Ceroboh Masuk Istana Negara, 2 Individu Dipenjara 2 Bulan

4

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

5

2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

6

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Naib Canselor UiTM Nafi Pelajar Berbaju Hitam Sebagai Protes

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 10 jam yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 10 jam yang lalu

Anwar Ulangi Gesaan Minta AS Hentikan Keganasan Israel Di Gaza

Semasa 1 hari yang lalu

JKR Terima Arahan MOF, Cadangan Pelantikan Kontraktor Jana Wibawa - Saksi