web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rosmah Gagal Batalkan Kes Rasuah, Gugur Sri Ram Sebagai Pendakwa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2022 4:07PM

Rosmah Mansor - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Datin Seri Rosmah Mansor gagal dalam usaha terakhir untuk membatalkan perbicaraan kes rasuahnya berkaitan projek solar hibrid bernilai lebih RM1.25 bilion di Sarawak dan untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada menjadi ketua pasukan pendakwaan dalam kes tersebut.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, semasa menolak rayuan Rosmah berkata mahkamah jenayah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberi pengisytiharan yang dimohon.

"Kami bersetuju dengan alasan yang dikemukakan oleh Mahkamah Rayuan. Kami berpendapat bahawa tiada bidang kuasa sedia ada mahkamah jenayah untuk memberikan pengisytiharan relief," katanya.

Dalam keputusan sebulat suara itu, Mohd Zawawi berkata terdapat undang-undang bertulis seperti Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 hanya memberikan kuasa sedia ada kepada mahkamah sivil.

Beliau berkata Kanun Tatacara Jenayah adalah undang-undang yang lengkap dan menyeluruh berkaitan prosedur dalam prosiding jenayah.

“Oleh itu, persoalan bahawa mahkamah jenayah mempunyai kuasa untuk memberikan relief itu tidak timbul sama sekali. Rayuan ditolak," kata Mohd Zawawi.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Panel itu membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujah oleh Sri Ram serta peguam Datuk Jagjit Singh dan Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili Rosmah.

Terdahulu, mahkamah tertinggi itu turut menolak bantahan awal Rosmah sama ada wajar bagi Sri Ram mewakili pihak pendakwaan dalam prosiding hari ini.

“Mahkamah tidak menemui sebarang bukti konflik kepentingan jika Sri Ram mewakili pihak pendakwaan. Oleh itu, tiada sebab mengapa beliau tidak boleh mengemukakan atau meneruskan (dalam kes itu) atas kapasitinya sebagai timbalan pendakwa raya kanan. Bantahan awal ditolak," kata Mohd Zawawi.

Rosmah, 70, isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 Disember lepas yang menolak permohonannya untuk membatalkan keseluruhan perbicaraan kes beliau dalam usaha bebas daripada ketiga-tiga pertuduhan dan menggugurkan Sri Ram daripada menjadi ketua pendakwa dalam kes itu.

Pada 24 September tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menolak permohonan Rosmah atas alasan kebenaran yang diberikan oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas kepada Sri Ram untuk menjalankan pendakwaan jenayah dalam kes Rosmah adalah sah di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah atas kapasitinya sebagai Pendakwa Raya.

Rosmah dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh projek bernilai RM1.25 bilion untuk menyediakan tenaga hibrid solar di 369 sekolah di luar bandar Sarawak.

Perbicaraan di Mahkamah Tinggi telah selesai dan Mohamed Zaini telah menetapkan 7 Julai, untuk menyampaikan keputusan sama ada Rosmah akan dibebaskan atau disabitkan dengan tiga pertuduhan rasuah itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 6 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad