web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Agensi, Jabatan Kerajaan Perlu Hormati Peranan Media 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2022 3:17PM

Syahredzan Johan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak kerajaan merangkumi agensi dan jabatan, digesa memahami serta menghormati peranan media dalam negara demokrasi, termasuk Malaysia.

Peguam, Syahredzan Johan berkata, situasi seperti di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu, di sini Sabtu lalu yang menyaksikan wartawan The Vibes dihalau dan diherdik oleh seorang pengawal keselamatan, sepatutnya diuruskan dengan lebih baik oleh pihak imigresen cawangan tersebut.

Beliau menegaskan, wartawan hanya menjalankan tugas diarahkan dan mereka seharusnya diberi ruang berbuat demikian tanpa sebarang gangguan atau intimidasi. 

"Ini juga selaras dengan Perkara 10(1)(a) yang merangkumi, antara lain, hak untuk mendapat maklumat termasuklah laporan media, dan juga dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) A/Res/68/164 bertarikh 18 Disember 2013.

"Resolusi ini menggesa semua negara anggota untuk memastikan persekitaran yang selamat bsgi melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa gangguan tidak wajar (undue interference)," katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Sabtu lalu, ketika membuat tinjauan mengenai orang ramai yang beratur panjang di pejabat imigresen, dua wartawan The Vibes telah diherdik dan dihalau oleh pengawal keselamatan di UTC Pudu.

Lancelot Theseira (kiri) dan Qistina Nadia Dzulqarnain setelah selesai membuat laporan di balai polis Dang Wangi, pada Sabtu. - Gambar fail
Lancelot Theseira (kiri) dan Qistina Nadia Dzulqarnain setelah selesai membuat laporan di balai polis Dang Wangi, pada Sabtu. - Gambar fail

Wartawan berkenaan bukan setakat diherdik dan tidak dibenarkan merakamkan gambar atau bercakap dengan orang ramai, malah turut dikasari, dengan alasan tidak memiliki  kebenaran rasmi daripada pihak pengurusan walaupun sudah mempamerkan pas media yang dikeluarkan Jabatan Penerangan. 

Pengawal keselamatan itu turut merampas telefon bimbit daripada seorang wartawan selepas menyedari perbuatan mereka dirakamkan dan dihalau. 

"Kamu perlukan kebenaran untuk berada di sini. Ini adalah UTC, kamu faham?," jerit salah seorang pengawal berkenaan sambil mengugut untuk memanggil polis sekiranya wartawan tidak beredar.

Dalam pada itu, Syahredzan berkata, keputusan polis mengklasifikasikan semula siasatan kes tersebut adalah wajar kerana sememangnya polis harus membuat siasatan yang menyeluruh.

"Saya rasa wajar. Sudah tentu, jika terdapat perkara seperti ini dan laporan polis dibuat, maka polis seharusnya membuat siasatan menyeluruh dan bukannya terus membuat dapatan bahawa tiada kes," katanya.

Ditanya soal kepentingan penubuhan majlis media yang bebas, beliau berpendapat, sudah tiba masa media diberi kuasa untuk mengawal selia sendiri dan bukannya dikenakan kawalan oleh kerajaan melalui pelbagai undang-undang yang akhirnya mewujudkan situasi yang mengekang kebebasan mereka bersuara.

"Kewujudan badan kawal selia media yang boleh menentukan aduan terhadap dan oleh media, serta merangka kod kelakuan pengamal media akan dapat menyumbang kepada kebebasan media tanah air," katanya. - Getaran, 17 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad