Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kongsi Cerita 'Terowong Menora', Netizen Gesa Perubahan Elak Kemalangan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2022 9:30AM

5 pelajar rentung dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora, tengah malam Rabu lalu, - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemalangan maut di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran Terowong Menora tengah malam Khamis lalu yang mengorbankan lima sahabat, mengundang sedih dan simpati ramai.

Melihat paparan foto dan membaca cerita duka ahli keluarga mangsa berhubung nahas itu, cukup membuatkan hati sebak.

Namun di sebalik insiden berkenaan, ramai sedar ia bukan tragedi pertama seumpamanya di sekitar kawasan sama kerana banyak kemalangan ngeri dilaporkan sebelum ini.

Antara nahas yang pernah mendapat liputan meluas adalah kes lima sekeluarga rentung akibat dirempuh treler muatan bijih besi pada tahun 2018.

5 sekeluarga maut dalam nahas di Terowong Menora pada 2018. - Gambar Bernama
5 sekeluarga maut dalam nahas di Terowong Menora pada 2018. - Gambar Bernama

Dua tahun sebelumnya pula, empat individu rentung apabila kenderaan dinaiki dirempuh lori.

Itu belum dikira ‘lambakan’ kes pengguna berdepan kemalangan kecil dan hampir terbabit nahas jalan raya di kawasan sama.

Tinjauan Getaran di media sosial yang sering menjadi tempat netizen meluah cerita dan rasa mendapati, topik mengenai kemalangan di laluan berhampiran terowong itu menjadi isu hangat ketika ini.

Netizen menyifatkan laluan berhampiran terowong itu, sama ada dari arah utara atau selatan yang dipenuhi pengangkutan berat sememangnya berbahaya dan ‘kawasan panas’ kerana sering mengakibatkan kemalangan tragis.

“Bagi orang Perak, kawasan terowong Menora tu antara jalan paling bahaya sekali. Mungkin boleh dinobat antara jalan paling bahaya kat Malaysia. Sapa-sapa (siapa-siapa) yang pernah lalu zaman tol lama, mesti ingat kes lori sodok pondok tol, sampai terpaksa diorang buat tol baru jauh sikit,” ciap @aizuddin_twider.

“Time (masa) raya tahun 2016, ada kes bas rempuh 4 - 5 buah kereta tak silap. Tu pun dekat Terowong Menora juga,” komen @mhdsyhmd.

“Tiap kali balik Ipoh lalu Terowong Menora ni memang kena mengucap panjang,” kata smssaa1991.

Malah, segelintir netizen berkongsi pengalaman masing-masing yang ‘seram’ ketika melalui perjalanan merentasi kawasan berkenaan.

“Kecualilah dalam kes-kes kecemasan tertentu yang memaksa aku untuk travel waktu malam, barulah aku akan lalu terowong Menora waktu malam. Kawasan ni dah makan banyak nyawa dah. Semoga berhati-hatilah korang bila lalu Terowong Menora ni,” kongsi pula @HdinHafizuddin

“Selepas Terowong Menora, kedua-dua belah cukup berbahaya jika PLUS ada repair jalan di situ, pernah kena, PLUS suka-suka stop (hentikan) kenderaan yang turun bukit, ketaq (ketar) lutut juga, bayangkan lori berderet kat belakang, kalau sebuah lori brek bocor, sapu habis berderet kenderaan di hadapan,” cerita @leh_cik.

“Setuju. Pernah terkena juga. Bayangkan dengan turun bukit, jalan selekoh, dah lah tu malam pulak, tetiba (tiba-tiba) depan ada repair (baiki) jalan, tinggal 1 laluan..Allahuakbar rasa nak tercabut jantung. Menggigil tak tahu nak cakap, start (sejak) tu tak berani dah nak drive (memandu) malam lalu Terowong Menora,” @ciap boongachientaof.

“Memandu turun dari Terowong Menora tu memang bahaya kalau di lorong kiri sebab boleh jadi lori-lori bawa laju sebab turun bukit, better (lebih baik) kereta dipandu di lorong kanan. Minggu lepas ayah bawa belah kiri dan perasan lori belakang laju gila, nasib ayah perasan je,” jelas ainahazwani_.

Selain berkongsi pengalaman sama, terdapat netizen yang menasihatkan pengguna memandu secara berhemah dan mematuhi had laju ditetapkan. 

“Nak ke utara ni bila kau dah lepas je Terowong Menora, jagalah had laju. Sebab highway (lebuh raya) tu dia menurun tau tapi aku tengok ada je yang bantai bawak laju,” ciap deerazif_.

Beberapa netizen pula mengemukakan cadangan dan persoalan kepada pengendali Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhubung penambahbaikan infrastruktur di laluan kawasan berkenaan demi memastikan keselamatan pengguna lebih terjamin.

“Patut PLUS pasang lampu di kawasan berisiko tinggi kemalangan,” cadang @IdderesMh.

“Sepanjang highway dari Utara ke Selatan, Terowong Menora ni paling scary (seram). Bila plus2u (PLUS) nak pasang lampu? Berapa banyak nyawa hilang?,” tanya Dean_Sulaiman.

“Terowong Menora antara highway yang bahaya. Tapi still (tetap) takde (tak ada) lampu jalan. Situ licin dan turun bukit. Lori banyak bawa laju,” jelas AzharReduan.

“Lorong mendaki ke arah Terowong Menora & lorong bergerak turun dari Terowong Menora tu sepatutnya kena ada lampu yang terang dan kamera litar tertutup (CCTV) yang banyak. Jalan tu amat merbahaya lagi-lagi waktu malam, cuaca hujan lebat dan ketika situasi dua lorong jadi satu lorong akibat penyelenggaraan jalan,” kata @HdinHafizuddin.

“Area (kawasan) Terowong Menora tu dah la tak cukup lampu, lepas tu PLUS pun jenis kalau buat maintenance (penyelenggaraan), lampu letak terang macam lampu torchlight (lampu suluh). Dengan kadang-kadang takda (tak ada) sign board (papan tanda) kata ada maintenance work (kerja penyelenggaraan) 500 meter di depan ke apa. Tiba-tiba ada kon tutup satu jalan,” tulis amirul94youl.

Ada pula netizen mempertikaikan mengapa kenderaan berat komersial dibenarkan ‘bermaharajalela’ di lebuh raya itu, selain mengatakan Terowong Menora wajar ditutup.

“Kenapa ye masih benarkan lori muatan berat lalu dekat kawasan terowong menora ni?,” soal @ini_Husna.

“Asyik accident (kemalangan) je kat Terowong Menora tu, tutup je lah terowong tu,” komen @megat_sharezman.

Getaran semalam melaporkan, nahas yang turut membabitkan dua treler, masing-masing membawa besi dan mozek itu, menyebabkan kumpulan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) terbabit rentung, selepas kereta dinaiki mereka terbakar di lokasi berkenaan. - Getaran, 14 Mei 2022

Sorotan

1

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

2

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

Semasa 6 jam yang lalu

‘Cakap Elok-Elok, Selesai Semua Masalah’ - PM Cuit Sanusi

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 22 jam yang lalu

Kedah Mahu 'All Out' Promosi Harumanis D'Aman

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Kenaikan Gaji Untuk Hargai Penjawat Awam Termasuk Bomba - PM