Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Rentung: Pemandu Miliki 9 Rekod Kesalahan JPJ

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 6:00PM

Keadaan kereta Honda City yang terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan 2 treler di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan berkompromi dengan sebarang ketidakpatuhan pengendali kenderaan perdagangan berhubung kemalangan maut yang mengorbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) berhampiran Terowong Menora, tengah malam semalam.

Menurut jurucakap Ibu Pejabat JPJ, pihak berkuasa itu sedang menjalankan siasatan di bawah audit Tata Amalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (ICOP), bersama-sama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk menentukan bentuk tindakan undang-undang boleh diambil.

Jelasnya, jika hasil siasatan daripada ICOP mendapati pemandu dan pengendali gagal mematuhi syarat serta permit perkhidmatan oleh APAD dan JPJ, permit serta lesen pengendali boleh digantung atau dibatalkan berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Manakala, katanya, tindakan penggantungan lesen memandu boleh diambil oleh JPJ berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, sekiranya pemandu dituduh di mahkamah.

Siasatan PDRM juga, ujarnya, akan menentukan sabitan kesalahan di bawah Seksyen 41(1) Akta 333 APJ kepada pemandu terbabit untuk hukuman mahkamah.

Malah, katanya, pemandu terbabit akan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh ditentukan institusi undang-undang berkenaan.

“Untuk makluman, hasil semakan dalam pengkalan sistem mySIKAP JPJ mendapati, pemandu treler terbabit mempunyai lapan rekod kesalahan sudah selesai dan satu rekod kesalahan masih aktif dengan 12 mata demerit di bawah Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA).

“Jumlah mata demerit dikumpul akan memberi kesan kepada penggantungan atau pembatalan lesen memandu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Berdasarkan kenyataan sama, JPJ ingin menegaskan bahawa usaha JPJ, termasuk pelaksanaan Larangan Kenderaan Barangan (Road Ban) sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022 lalu adalah bagi memastikan nahas seperti itu dapat dielakkan, sekali gus menurunkan kadar kemalangan di Malaysia.

Semua pengendali syarikat, pemandu dan pemilik kenderaan perdagangan, katanya, disarankan untuk sentiasa mematuhi segala peraturan serta undang-undang bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya, selain mampu mewujudkan ekosistem laluan pengangkutan darat yang selamat di negara ini.

“Diharapkan kejadian seperti ini tidak akan berlaku pada masa akan datang.

“Ingin ditegaskan, JPJ memandang serius insiden melibatkan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan pihak pengurusan tertinggi serta seluruh warga kerja agensi ini mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa nahas,” katanya.

Dalam kejadian di kilometer (km) 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara itu, lima sahabat berkenaan rentung selepas kereta dinaiki mereka terbakar.

Nahas itu membabitkan kereta jenis Honda City dan dua treler, masing-masing membawa besi serta mozek. – Getaran, 13 Mei 2022
 

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Perkampungan Sunnah Dapat Sambutan Hebat - Mufti Perlis

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

Semasa 13 minit yang lalu

Polis Tahan 4 Lelaki, Rampas 22,000 Karton Minuman Keras