web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pukul Anggota Polis Dengan Penyapu, Wanita Didenda RM3,000

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 12:27PM

Hasrina Osman (dua dari kiri) didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, selepas mengaku bersalah atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan kepada anggota polis pada 7 Mei lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Padah bertindak luar batas dengan mencederakan anggota polis, seorang wanita didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Hasrina Osman, 42, sejurus dia mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Koperal Muhammad Taufik Sayutin semasa anggota polis itu sedang melaksanakan tugas sebagai penjawat awam.

Perbuatan tersebut dilakukan tertuduh di Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, di sini, kira-kira jam 10.45 malam pada 7 Mei lalu.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharina Farhana Nor Sa'ari, yang memohon  agar mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kepada tertuduh.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBG) merayu hukuman ringan dengan alasan sudah menyesali perbuatannya itu, selain tidak memiliki sebarang pekerjaan.

Mengikut fakta kes, tertuduh sebelum kejadian bertindak memecahkan barang dan mengamuk, serta meminta abangnya menghantar dia ke rumah ibu mereka di Paya Jaras, Selangor.

Gagal mengawal keadaan dan mententeramkan adiknya, pengadu kemudian menelefon polis bagi mendapatkan bantuan sebelum dua anggota polis dari Balai Polis Bandar Hilir tiba di lokasi kejadian. 

Namun tertuduh bertindak agresif dengan mencederakan seorang daripada anggota polis terbabit menggunakan batang penyapu.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh didenda RM3,000 dengan seorang penjamin atau berdepan hukuman penjara selama enam bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan. - Getaran, 13 Mei 2022

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Sukan 14 jam yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

oleh Sophia Ahmad