Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Buli Bukan Budaya, Jadikan Tempat Kerja Medan Bina Peribadi, Profesionalisme

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2022 3:19PM

Dr Alzaman (duduk) bersama kakitangan di Jabatan Kecemasan HKL sewaktu negara dilanda pandemik COVID-19 tahun lalu. - Gambar dari Facebook Alzamani Mohammad Idrose

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejak kebelakangan ini, satu persatu kes buli membabitkan doktor pelatih (houseman) yang menjalani latihan di hospital awam didedahkan di media sosial.

Trend buli dan budaya rasis bukan isu baharu, malah semakin membarah dalam profesion perubatan di negara ini.

Isu itu turut menarik perhatian beberapa pakar perubatan yang menyifatkan insiden buli dalam kalangan petugas kesihatan tidak boleh dikompromi.

Pakar Perunding Perubatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Alzamani Mohammad Idrose berkata, insiden buli bukan budaya am bagi profesion perubatan dan kes yang berlaku adalah terpencil.

“Saya ada terbaca yang ada pegawai perubatan siswazah dan pegawai perubatan sendiri dilayan dengan cara tidak profesional. 

“Semua petugas kesihatan, tidak kira apapun status adalah satu pasukan yang teramat penting dalam setiap jabatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

 

Profesionalisme : kita adalah SATU pasukan Saya ada terbaca yang ada pegawai perubatan siswazah dan pegawai perubatan...

Posted by Alzamani Mohammad Idrose on Friday, May 6, 2022

Malah beliau percaya bahawa untuk menjadi petugas kesihatan berjaya, individu terbabit perlu berani menerima cabaran.

Katanya, cabaran adalah guru yang baik dan ibarat angin serta ribut, menyebabkan akar pokok tumbuh lebih dalam serta kukuh.

“Petugas kesihatan harus positif dan melihat semua cabaran sebagai ribut yang mendewasakan. Jika kena marah, cuba lihat jika wajar dimarahi dan apakah dengannya ia menjadikan kita belajar sesuatu. 

“Marah tidak sama dibuli. Pegawai senior pula harus bezakan marah dan buli. Sifat membuli tentulah sama sekali tidak dapat diterima,” katanya.

Menurut Dr Alzamani, di jabatannya sentiasa menjadikan tempat kerja sebagai satu medan yang membina peribadi dan profesionalisme.

“Di jabatan kami ada ‘visi’ untuk menjadikan tempat kerja kami ‘A Happy Place’. Ia bukan bermakna tiada ‘hujan dan ribut’, tetapi menjadikan tempat kerja bebas konflik dan semua orang berusaha mewujudkan suasana bantu-membantu malah ceria menceriakan. 

“Semua masalah sama-sama ditangani dan bersama, tempat kerja menjadi satu medan yang membina peribadi dan profesionalisme. Itu impian kami,” katanya.

Menurutnya, semangat berpasukan itu jelas dilihat ketika negara dilanda pandemik COVID-19 tahun lalu.

“Saya melihat kembali catatan tulisan ini, ketika pandemik meledak tahun lalu, dan di dalamnya terselit apa yang saya maksudkan.  Kita adalah SATU pasukan,” katanya.

 

Saya kelu melihat beberapa pengakuan oleh adik adik HO di beberapa hospital besar seluruh Malaysia. Kalau tengok...

Posted by Malar Santhi Santherasegapan on Friday, May 6, 2022

Sementara itu, doktor yang bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia Cheras, Kuala Lumpur, Dr Malar Santhi Santherasegapan turut menasihati doktor pelatih yang dibuli supaya mengumpul seberapa banyak bukti dan membuat aduan mengikut saluran betul.

“Kumpul bukti seperti rakaman perbualan telefon, gambar, video insiden, tulis diari setiap hari dan setiap kali insiden berlaku. Kumpul, kumpul dan kumpul. 

“Boleh bekerjasama antara satu sama lain untuk kumpul bukti. Maksudnya, bila A dibuli ketika ward round, B tolong record, and vice versa,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, setiap bukti dan insiden yang berlaku perlu diusul dan dibincangkan dengan peguam.

“Jangan tanya senior kamu. Jangan ikut cakap pak turut lain. Kalau peguam kata buat polis report, atau laporkan kepada proper channel (saluran sesuai) dan sebagainya ikut saranan mereka, because they know the best (mereka tahu apa yang terbaik). 

“Each of you all (setiap seorang daripada anda), semua housemen especially, simpan nombor telefon at least sorang peguam. You must have your legal advisor all the time (anda perlu mempunyai penasihat undang-undang sepanjang masa), tak kisahlah pernah dibuli atau bakal dibuli or whatever (apa sahaja),” katanya.

Pada masa sama, Dr Malar turut menyarankan doktor pelatih yang berjaya mengharungi latihan mereka supaya membuat aduan rasmi melalui laman web Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

“Tulis juga surat rasmi kepada ketua jabatan, pengarah hospital dan pengarah jabatan kesihatan negeri. Ini sangat penting walaupun you all (anda semua) dah lepas. Ini penting untuk keadilan you sendiri, and those after you (mereka selepas anda).

“No such thing as kes dah lama, tak guna. No no, the authority masih kena buat siasatan, and its worth the record kepada pembuli tersebut,” katanya.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan akan menubuhkan pasukan petugas bebas (taskforce) bagi menyiasat laporan kematian seorang doktor pelatih dan dakwaan budaya buli yang berlaku di hospital awam.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, beliau sudah menerima laporan awal mengenai kematian tersebut.

Katanya, polis juga sedang melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Terdahulu, seorang doktor pelatih yang menjalani latihan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dilaporkan maut terjatuh selepas mayatnya ditemukan di pekarangan bangunan di Jalan Datuk Keramat, Georgetown, Pulau Pinang.

Kejadian itu berlaku pada 17 April lalu, dua minggu selepas mangsa menjalani latihan di hospital berkenaan. - Getaran, 7 Mei 2022

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

Sukan 1 hari yang lalu

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

Semasa 1 hari yang lalu

4 Stesen Monorel Ditutup Sementara - Rapid Rail

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Letupan Di Narathiwat: 2 Rakyat Malaysia Cedera - Wisma Putra

oleh Wartawan Getaran