web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Keguguran, Suami Cedera Bot Dinaiki Terbabit Nahas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2022 8:56PM

Keadaan bot yang terlibat dalam nahas hingga mengakibatkan seorang wanita keguguran manakala suaminya cedera di perairan Semporna, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Seorang wanita keguguran, manakala suaminya mengalami kecederaan selepas bot yang mereka naiki terbabit nahas di perairan Semporna, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, pasangan suami isteri berkenaan sedang dalam perjalanan dari arah Pekan Semporna menuju ke Kampung Hayang, Pulau Bum Bum.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata ketika sampai di hadapan Dragon Inn, bot yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah bot dipandu seorang pemuda berusia dalam lingkungan 20-an.

"Perlanggaran berkenaan menyebabkan kedua-dua mangsa jatuh ke laut dan telah diselamatkan oleh orang awam sebelum dihantar ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut.

"Mangsa yang berusia 34 tahun mengalami kecederaan di bahagian paha kiri dan lutut kanan dipercayai akibat terkena kipas bot manakala isterinya berusia 22 tahun mengalami keguguran,"katanya.

Menurut Mohd Farhan, kandungan wanita berkenaan berusia 25 minggu dan kedua-dua mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas  menerima rawatan di Hospital Tawau.

Katanya, polis kini sedang mengesan pemandu bot kedua yang telah melarikan diri selepas insiden tersebut.

"Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 280 Kanun Keseksaan.

"Kita meminta orang awam yang melihat kejadian berkenaan untuk menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Muhammad Nur Faez Hazreeq di talian 019-8139851 atau balai polis berhampiran,” katanya.

Mohd Farhan turut menasihatkan pemilik bot agar sentiasa berhati-hati semasa mengemudi bot terutama di kawasan yang sibuk dan  menyediakan peralatan seperti jaket keselamatan. - Getaran, 3 Mei 2022

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad