Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gemar Umum Projek, Tapi Mana Pelaksanaan? 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2022 3:16PM

Baru-baru ini isu keselamatan murid sekolah diperkatakan selepas tular gambar murid SK Nangkawangan, Nabawan, yang terpaksa mempertaruh nyawa merentas sungai menggunakan rakit dan kabel 'zip line' untuk ke sekolah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kerajaan Persekutuan dilihat gemar mengumumkan projek pembangunan infrastruktur di Sabah tanpa sebarang pelaksanaan yang tuntas.

Ahli Parlimen Kalabakan, Ma'mun Sulaiman mendakwa, pengumuman seumpama itu akan dibuat sebaik tular sebarang isu membabitkan negeri berkenaan di media sosial, khususnya apabila ia memalit stigma negatif terhadap kerajaan.

Menurut beliau, senario itu acapkali berlaku, seolah-olah satu trend berterusan tanpa ada penyudah.

"Bagi saya, hanya selepas isu tular, maka kerajaan baik di peringkat Persekutuan mahupun negeri akan mula mengumumkan projek pembinaan infrastruktur seperti mana yang pernah berlaku sebelum ini.

"Bagi saya, kerajaan hari ini lebih gemar mengumumkan semula projek yang telah mendapat kelulusan setiap kali timbul isu berkaitan," katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Ma'mun Sulaiman
Ma'mun Sulaiman

Ma’mun menyatakan demikian ketika diminta mengulas isu murid di Sekolah Kebangsaan Nangkawangan, Nabawan, yang terpaksa mempertaruh nyawa merentas sungai menggunakan rakit dan kabel 'zip line' untuk ke sekolah baru-baru ini.

Katanya, kerosakan beberapa jambatan gantung di Nabawan akibat banjir telah berlaku lebih dua bulan lalu.

"Sejak itu, murid sekolah dan penduduk kampung berdepan masalah untuk merentas sungai termasuk ada yang menggunakan rakit dan kabel.

"Namun, hanya selepas rakaman video murid berkenaan bertarung nyawa tular, barulah kerajaan hendak menyediakan bot serta mengumumkan pembinaan jambatan gantung baharu," katanya.

Tambahnya, perkara tersebut adalah kelaziman di seluruh Sabah.

"Pulau Sebatik misalnya, setiap kali menteri Persekutuan turun padang, mereka akan mengumumkan semula senarai projek yang telah diluluskan sejak beberapa tahun lalu seperti jalan raya, klinik kesihatan, loji rawatan air dan sebagainya.

"Skrip tetap sama, apabila tiba bahagian pengeluaran dana, kerajaan memberi alasan ketiadaan dana, malah ada yang menuding jari kepada penjawat awam kerana tidak cekap di peringkat pelaksanaan," katanya.

Ma’mun menarik perhatian,anak-anak di Kampung Serudung Laut yang jauh di sempadan negara juga masih belum mendapat akses pendidikan sejak tiga generasi lalu, lantaran selepas masih belum ada sekolah rendah dibina di situ.

Rina Jainal
Rina Jainal

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Jainal berkata, situasi yang berlaku di Nabawan memberi gambaran bahawa kemesraan antara kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan kerajaan Persekutuan tidak menjamin pembangunan infrastruktur sebenar di Sabah.

"Selama 59 tahun Sabah menyokong Barisan Nasional (BN) dan kini GRS bersama Muafakat Nasional, situasi pembangunan di negeri ini tetap terkebelakang.

"GRS seharusnya bertindak tegas dan tidak mengulangi kesilapan BN Sabah dulu yang hanya menjadi telunjuk Persekutuan. Kita harus lebih berani memisahkan antara pentadbiran politik pusat dengan pentadbiran negeri dalam memastikan nasib rakyat Sabah terus terbela," tegasnya.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video murid sekolah rendah di Kampung Nangkawangan yang terpaksa menaiki kabel 'zip line' dan rakit setiap kali hendak ke sekolah.

Video berkenaan mendapat perhatian ramai yang turut menggesa kerajaan mengambil tindakan segera mengatasi masalah tersebut bagi menjamin keselamatan nyawa pelajar. - Getaran, 1 Mei 2022

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemergian Ahmad Azza Fahmi Tak Gugat Semangat Abang Dalam Polis

Semasa 10 jam yang lalu

Seludup Diesel Di Sempadan: Malaysia Rugi RM1.2 Juta Sehari

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 19 jam yang lalu

Kerjasama Malaysia-Uzbekistan Tawar Potensi Besar, Kata PM