web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tuduhan Hantar Komunikasi Jelik, Fahmi Reza Kemuka Representasi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2022 4:00PM

Fahmi Reza - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pereka grafik ‘kontroversi’, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin atau dikenali Fahmi Reza, 45, mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara berhubung dua pertuduhan dihadapinya selepas membuat hantaran komunikasi jelik menerusi Twitter dan Facebook, tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan peguam mewakili Mohd Fahmi, N Yohendra semasa sebutan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen M M Edwin Paramjothy, hari ini.

Yohendra berkata surat representasi itu dihantar kepada Jabatan Peguam Negara pada 28 April 2022 dan salinan asal representasi itu diserahkan hari ini kepada pihak pendakwaan. 

Perkara itu disahkan Timbalan Pendakwa Raya, Najihah Farhana Che Awang. 

Pertuduhan komunikasi jelik itu adalah berhubung isu peraturan kuarantin terhadap menteri yang pulang dari lawatan rasmi luar negara dan pengharaman penjualan minuman keras di negara ini.

Dalam prosiding itu, mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan, iaitu pada 7 dan 20 Julai depan bagi isu kuarantin menteri, manakala 8 serta 9 Ogos untuk isu minuman keras.

Mahkamah turut menetapkan 8 Jun depan untuk sebutan bagi perkembangan representasi tersebut.

Pada 10 Februari lepas, Mohd Fahmi Reza mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membuat hantaran komunikasi jelik menerusi aplikasi Twitter miliknya, membabitkan isu kuarantin terhadap menteri pulang dari lawatan rasmi luar negara.

Mohd Fahmi Reza didakwa membuat dan memulakan hantaran komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, melalui aplikasi Twitter menggunakan laman profil Twitter ‘Fahmi Reza’ atau ‘@kuasasiswa’ pada jam 3.02 petang.

Hantaran itu kemudian dibaca di Pejabat Ketua Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kesihatan Malaysia, Presint 1, Putrajaya pada jam 4 petang, 11 Februari tahun sama.

Pada 17 Februari lepas, Mohd Fahmi Reza didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen dan mengaku tidak bersalah atas kesalahan sama, berhubung isu pengharaman penjualan minuman keras di negara ini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara sedar membuat dan memulakan hantaran komunikasi yang jelik sifatnya berhubung isu pengharaman penjualan minuman keras di negara ini, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, melalui laman Facebook miliknya menggunakan profil ‘Fahmi Reza’ pada jam 11.45 pagi, 1 Jun 2021.

Hantaran itu kemudian dibaca di sebuah unit Pangsapuri Melur, Sentul Perdana, Bandar Baru Sentul di sini, pada jam 9 pagi, 2 Jun 2021.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Hukuman itu juga termasuk didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan terbabit diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan. – Getaran, 29 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 22 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad