web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siapsiaga Pertahan Keselamatan Perairan Sabah Di Musim Perayaan  - TLDM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2022 9:11PM

Sazalee menyampaikan anugerah sempena Hari TLDM Ke-88 di Padang Kawad KD Sri Kota Kinabalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Markas Pemerintahan Armada Timur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga bagi memastikan keselamatan perairan Sabah terus terpelihara.

Timbalan Panglima Armada Timur (TPA Timur) Laksamana Pertama Sazalee Shoib berkata, persediaan itu termasuk dari aspek penugasan atau penempatan anggota serta aset yang mencukupi dan berada pada tahap tertinggi.

Katanya, anggota dan aset sentiasa berada di lapangan dan penugasan tidak pernah berubah ketika sambutan perayaan, termasuk Hari Raya Aidilfitri Mei nanti.

“Penugasan ini termasuklah di Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah (PLTSR) Lahad Datu dan lima stesen TLDM lain.

“Kita mempunyai kira-kira 640 anggota yang bertugas dalam memastikan keselamatan perairan negara terpelihara dari sebarang ancaman,” katanya pada Perbarisan Hari TLDM ke-88 di Padang Kawad KD Sri Kota Kinabalu PTKK, hari ini.

Menurut beliau, perbarisan kali ini melibatkan 297 warga TLDM terdiri daripada 39 pegawai dan 258 anggota lain-lain pangkat.

Katanya, perbarisan kali ini juga menggunakan pancaragam TLDM Armada Timur sendiri bagi menyuntik kelainan memandangkan sebelum ini TLDM Armada Timur mendapat bantuan daripada Tentera Darat.

“Kita amat bersyukur dan berbesar hati kerana dapat melaksanakan perbarisan sempena sambutan hari TLDM ini selepas dua tahun tertangguh berikutan pandemik COVID-19,” katanya.

Dalam perkembangan lain, KD Sri Gaya telah memenangi Anugerah Piala Panglima manakala Stesen Uniform menjuarai Piala Terumbu.

Sazalee berkata, anugerah ini diberikan dengan mengambil kira kesiapsiagaan, tahap selenggaraan, kompetensi, operasi latihan, disiplin dan beberapa kriteria lain.

Katanya, ia juga bagi mewujudkan persaingan sihat antara lima stesen yang ada di Laut China Selatan dan 11 kapal, masing-masing di Kota Kinabalu dan Sandakan.

Anugerah Bintara Terbaik diberikan kepada PW I TMS Azmi Shuaid dari Unit Depot Senggara Armada Timur manakala Laskar Terbaik diberikan kepada LK PLM Muhammad Taufik Harudin dari Markas Wilayah Laut 2. - Getaran, 27  April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kapal Tempur Pesisir Pertama Dijangka Turun Ke Air Pertengahan Tahun Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Tiket Penerbangan Tinggi Semasa Perayaan, Kerajaan Cadang Beri Insentif

4

Semasa 3 tahun yang lalu

LCS: MOF Tubuh SPV, Ambil Alih BNS Sebagai Anak Syarikat - Mohamad

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad