web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kastam Lepaskan Tembakan, Kejar Lori Bawa Minuman Keras Seludup

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2022 9:22PM

Sebuah kereta peronda polis (MPV) turut dilanggar lori terbabit sehingga menyebabkan kerosakan pada bahagian belakang kenderaan itu, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Johor terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ketika cuba menghentikan sebuah lori yang dipercayai membawa minuman keras seludup.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata lori yang dipandu lelaki berusia 40 tahun itu bukan sahaja cuba melarikan diri, malah cuba melanggar kenderaan penguat kuasa dalam satu kejadian di bandar raya ini semalam.

Beliau berkata pihak kastam yang meminta bantuan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, mengejar lori tersebut sejauh 20 kilometer (km), iaitu kira-kira sejam dari Jalan Danga Bay hingga ke susur Tol Lima Kedai.

Katanya dalam kejadian pada 1.12 tengah hari itu, sebuah kereta peronda polis (MPV) turut dilanggar lori terbabit sehingga menyebabkan kerosakan pada bahagian belakang kenderaan itu, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

“Pemandu lori itu ditahan dan kita merampas lori yang membawa muatan minuman keras,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata hasil semakan mendapati pemandu lori itu mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah dan dia direman selama 10 hari bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (E) Akta Kastam 1967, Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 39D Akta Senjata 1960 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Kamarul Zaman berkata pihaknya akan terus bekerjasama dengan JKDM bagi mengesan individu lain yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan berkenaan. 

Terdahulu, sebuah video tular di media sosial yang memaparkan sebuah pacuan empat roda sedang mengejar sebuah lori dan turut melepaskan beberapa das tembakan apabila lori terbabit tetap meneruskan perjalanan, selain cuba melanggar pacuan empat roda itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam