web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


460 Laporan AEFI Dapati Tiada Kes Kematian Berhubung Kait Dengan Vaksin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2022 3:24PM

Penilaian JFK terhadap 460 laporan berhubung kesan AEFI serius mendapati tiada kes kematian yang dilaporkan mempunyai hubung kait secara langsung dengan vaksin. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Penilaian Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin COVID-19 (JFK) terhadap 460 laporan berhubung kesan advers susulan imunisasi (AEFI) serius mendapati tiada kes kematian yang dilaporkan mempunyai hubung kait secara langsung dengan vaksin diterima.

Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Dr Roshayati Mohamad Sani berkata dapatan itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 610 laporan AEFI serius melibatkan kematian dalam kalangan penerima vaksin COVID-19 yang diterima yang memerlukan penyiasatan lengkap dan penilaian terperinci tentang hubung kait dengan vaksin.

“Sebanyak 150 laporan masih dalam proses penyiasatan sebelum dinilai oleh JFK,” katanya dalam satu kenyataan hari ini mengenai status laporan AEFI vaksin COVID-19 hingga 8 April.

Dr Roshayati berkata NPRA secara keseluruhan menerima 26,071 laporan AEFI termasuk 1,552 laporan melibatkan penerima dos penggalak dan 288 laporan bagi penerima vaksin kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Daripada 1,552 laporan melibatkan penerima dos penggalak, 137 laporan atau sembilan peratus daripada jumlah laporan AEFI dos penggalak diklasifikasikan sebagai serius, katanya.

Setakat 8 April, sebanyak 69,116,358 dos vaksin telah diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan 15,888,555 dos daripadanya merupakan dos penggalak.

Dr Roshayati berkata NPRA juga telah menerima 57 laporan AEFI melibatkan kematian dalam kalangan penerima dos penggalak dan dapatan JFK menunjukkan 25 laporan kematian yang telah lengkap penyiasatan tiada hubung kait dengan vaksin yang diterima.

“Sebanyak 32 laporan lagi masih dalam proses penyiasatan sebelum dibentangkan untuk penilaian JFK,” katanya. 

Berhubung kesan AEFI bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, beliau berkata sejumlah 288 laporan diterima dengan 94 peratus daripadanya merupakan kesan tidak serius seperti demam, kegatalan pada kulit, tindak balas stres terhadap proses imunisasi, pening dan sakit kepala.

Menurutnya, terdapat satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) yang masih dalam siasatan lanjut, dan laporan awal mendapati kanak-kanak berkenaan mempunyai sejarah penyakit sedia ada. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad