web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Hiperaktif Maut Jatuh Tingkat 11 Pangsapuri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2022 3:33PM

Pasukan perubatan yang turut hadir mengesahkan kanak-kanak tersebut sudah meninggal dunia dengan kesan kecederaan pada tengkorak, siku dan betis. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun maut ditemui selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 11 di Pangsapuri Intan, Jalan Intan 4, Taman Puchong Intan, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, mangsa yang mempunyai sindrom Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dan hiperaktif terjatuh dari tingkat 11 kediamannya ke tingkat dua pangsapuri terbabit.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Abd Khalid Othman berkata, kejadian dilaporkan kepada polis oleh orang awam jam 6.45 petang, sebelum sepasukan anggota yang bergegas ke lokasi menemui mayat mangsa dalam keadaan terlentang di atas bumbung tempat letak kenderaan di aras dua Blok A pangsapuri itu.

Beliau berkata, pasukan perubatan yang turut hadir mengesahkan kanak-kanak tersebut sudah meninggal dunia dengan kesan kecederaan pada tengkorak, siku dan betis.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat 11 pangsapuri berkenaan dan ketika kejadian ibunya sedang bekerja secara online (atas talian) di rumah manakala bapanya berada di kuil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd Khalid berkata, mangsa sebelum kejadian sedang bermain permainan video bersama tiga adik beradiknya yang lain.

“Apabila ibu mangsa menyedari ketiadaan anaknya itu, dia mencari di serata rumah tetapi tidak berjumpa.

“Menurut ibunya, kanak-kanak itu mengalami sindrom Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dan hiperaktif,” katanya.

Beliau memberitahu, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 tetapi polis setakat ini mendapati tidak wujud sebarang unsur jenayah.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikejarkan ke lokasi sebaik menerima laporan pada jam 6.55 petang.

“Sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama satu jentera FRT dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) tiba di lokasi kejadian jam 7.05 malam.

“Bagaimanapun, anggota bomba mendapati mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh pasukan perubatan. Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. - Getaran, 12 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad