web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wajibkan Gaji Minimum RM1,500, Wujud Garis Panduan Elak Majikan Culas - MTUC

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2022 3:21PM

MTUC menggesa kerajaan mengeluarkan garis panduan untuk pelaksanaan kadar gaji minimum baharu melalui Perintah Gaji Minimum. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta mewajibkan gaji minimum RM1,500 yang akan dilaksanakan bermula 1 Mei depan kepada semua syarikat tanpa pengecualian. 

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, bagi usaha itu, kerajaan perlu segera mengeluarkan garis panduan untuk melaksanakan kadar gaji minimum baharu melalui pewartaan Perintah Gaji Minimum.

Katanya, MTUC sedang menunggu mengadakan perbincangan bersama kerajaan berkenaan dengan mekanisme kadar gaji minimum baharu.

“Tarikh pelaksanaan kadar gaji minimum baharu akan berlaku kurang daripada sebulan. MTUC bimbang jika kerajaan tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat perbincangan dengan pihak berkepentingan.

“MTUC tidak mahu sejarah pelaksanaan gaji minimum pada 2013 berulang semula dengan banyak majikan tidak membayar kadar minimum itu.

“Pekerja terpaksa membawa kes sehingga ke mahkamah tinggi untuk mendapatkan tunggakan gaji minimum,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kamarul Baharin Mansor
Kamarul Baharin Mansor

Kamarul Baharin berkata, MTUC akan memantau isu gaji minimum secara serius kerana harapan dan impian pekerja bawahan B40 dalam kadar baharu itu sangat tinggi.

“Kenaikan kos sara hidup memaksa golongan B40 berharap pada kenaikan gaji ini dan lebihan RM300 dapat melegakan mereka,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 bakal dilaksanakan mulai 1 Mei ini, sekali gus dilihat ramai pihak sebagai ‘hadiah’ sempena Hari Pekerja.

Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah 1 Februari dua tahun lalu, iaitu pertambahan sebanyak RM100 daripada RM1,100 kepada  RM1,200 sebulan pada Belanjawan 2020.

Penetapan gaji minimum adalah selaras peruntukan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang mensyaratkan keperluan mengkaji kadar itu dilaksanakan setiap dua tahun.

Selain itu, Kamarul Baharin berkata, pihaknya terkejut dengan persetujuan kerajaan untuk membayar gaji RM1,500 kepada pembantu rumah yang akan bekerja di Malaysia.

Jelasnya, pekerja domestik dikecualikan daripada pemakaian perintah gaji minimum yang dilaksanakan sejak tahun 2013, tetapi kerajaan secara tiba-tiba bersetuju dengan cadangan Indonesia.

Menurut Kamarul Baharin, persetujuan itu agak aneh kerana tiada sebarang perbincangan dilakukan di Malaysia berhubung perkara berkenaan.

“Bagaimanapun, MTUC mengalu-alukan persetujuan ini kerana pihak kami sudah mendesak bahawa tiada pengecualian kepada mana-mana majikan, melaksanakan gaji minimum, termasuk pekerja domestik,” katanya. 

Sebelum ini, sebuah portal tempatan melaporkan mengenai kandungan memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai Kuala Lumpur dan Jakarta pada 1 April lalu, menggariskan ketetapan gaji minimum bagi pembantu rumah dari negara seberang itu adalah RM1,500 sebulan.

Ia menyatakan, gaji itu perlu dibayar terus ke akaun bank pembantu rumah terbabit paling lewat pada tarikh 7 hari bulan setiap bulan, termasuk bonus sebulan selepas kontrak selesai, manakala kenaikan gaji kontrak diperbaharui selepas dua tahun.

Menurut MOU berkenaan, sekiranya kadar gaji itu tidak dibayar tepat pada masa, tambahan lima peratus daripada jumlah gaji belum dibayar akan ditambah sebagai pampasan.

Kegagalan berterusan untuk membayar gaji itu selama dua bulan berturut-turut, membolehkan pembantu rumah terbabit menamatkan kontrak perkhidmatan.

Pendekatan itu adalah peraturan ketat diwujudkan untuk melindungi pekerja domestik atau pembantu rumah warga Indonesia. - Getaran, 8 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 20 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad