web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuba Dicabul, Disamun, Jurujual Nekad Terjun Kereta

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2022 8:53PM

Mangsa mengalami kecederaan selepas terjun dari kenderaan berkenaan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seorang jurujual nekad terjun dari kenderaan e-hailing yang dinaikinya ke tempat kerja, selepas berdepan detik cemas dicabul dan disamun pemandu terbabit di Kampung Kobuni, Jalan Kionsom, Inanam, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan George Abd Rakman berkata, mangsa menaiki Perodua Axia berwarna biru gelap sebelum ditimpa kejadian menakutkan itu kira-kira jam 9 pagi.

Katanya, kereta yang dipandu lelaki dikenali sebagai Zahir itu telah mengambil jalan singkat melalui Jalan Kionsom kerana kesesakan lalu lintas.

“Ketika tiba berhampiran air terjun Kionsom, suspek meminta mangsa untuk menukar tempat duduk ke bahagian hadapan.

“Suspek kemudian memegang paha mangsa menyebabkan wanita terbabit memberi amaran kepadanya, namun lelaki itu mengeluarkan pula sebilah pisau kecil dan meminta wang daripada mangsa,” katanya.

Menurut George, mangsa yang bimbang diapa-apakan nekad melompat keluar dari kenderaan yang sedang bergerak itu, menyebabkan dia mengalami kecederaan.

Mangsa katanya, diselamatkan oleh penduduk kampung berhampiran dan menghubungi rakannya untuk meminta bantuan.

“Dia kemudian diambil oleh rakannya dan dibawa ke hospital untuk rawatan sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Inanam pada jam 1.14 tengah hari.

“Hasil siasatan mendapati nombor pendaftaran kenderaan itu disyaki palsu dan didaftarkan ke atas sebuah kenderaan jenis Proton Saga,” katanya.

George memberitahu, siasatan kini giat dijalankan bagi mengesan suspek yang memandu Perodua Axia berkenaan.

Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Inspektor Riduan Abd Majid di talian 0105144059 atau balai polis berhampiran. - Getaran, 31 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad