web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Prasarana Siasat Kejadian Video Tular Pukul Orang Awam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 8:28AM

Tangkap layar dari video media sosial menunjukkan seorang lelaki memakai baju uniform Prasarana memukul orang awam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Prasarana menjalankan siasatan serta-merta dan terperinci berhubung video tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki berpakaian seragam syarikat itu bertindak memukul orang awam di sebuah kedai serbaneka, semalam.

Prasarana dalam kenyataan memaklumkan pihaknya belum mengenal pasti tarikh, masa dan lokasi kejadian terbabit.

“(Prasarana) memandang serius dakwaan bahawa si pemukul adalah kakitangan Prasarana berdasarkan pakaian seragam yang dipakai dalam video berkenaan.

“Dipercayai kejadian berlaku apabila mangsa ditangkap dan dituduh mengambil makanan tanpa membayar di kedai serbaneka berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Justeru Prasarana menyeru orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut atau mempunyai maklumat supaya menghubungi talian 03-7885 2585 atau emel ke [email protected].

Prasarana menegaskan tingkah laku si pemukul adalah bertentangan dengan kod etika kerja syarikat pengangkutan awam itu.

“Dalam apa jua situasi, sekiranya memerlukan bantuan lanjut, ia sepatutnya dipanjangkan kepada pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.

Prasarana juga memohon maaf atas kejadian itu dan memberi jaminan tindakan susulan yang bersesuaian akan diambil bagi memastikan perkara sama tidak berulang di masa hadapan.

Semalam, tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki dipercayai staf Prasarana bertindak memukul seorang lelaki, dipercayai warga asing, dalam sebuah kedai serbaneka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Zara Qairina: PM Arah Siasatan Terbuka, ‘Tiada Tempat Untuk Pembunuh!’

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Audio Perbualan Tular, Zara Dedah Ketakutan Terhadap ‘Kakak M’

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kehadiran Ibu Zayn Rayyan Di Lokasi Mayat Ditemui Sebahagian Daripada Siasatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KPT Mahu Siasatan Terperinci Kebakaran Asrama UniMAP

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 21 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad