web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ditipu Macau Scam, Jururawat Rugi RM50,000

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2022 7:51PM

Ketua Polis Daerah Beaufort, DSP Yusoff Zaki Mat Yaacob.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEAUFORT - Seorang jururawat kerugian RM50,000 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam, semalam.

Mangsa berusia 44 tahun itu kehilangan duit di dalam akaun banknya selepas diperdaya beberapa individu yang menyamar sebagai petugas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan polis.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan (DSP) Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, mangsa menerima satu panggilan telefon kira-kira jam 3.30 petang daripada individu yang mendakwa sebagai pegawai LHDN.

Menurut beliau, suspek mendakwa nama mangsa didaftarkan atas sebuah syarikat yang mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM38,800.

“Panggilan telefon itu kemudiannya disambungkan kepada dua individu, kononnya pegawai di Unit Siasatan Jenayah Komersil yang turut memaklumkan bahawa waran tangkap telah dikeluarkan ke atas mangsa untuk tindakan lanjut.

“Mangsa yang panik dengan situasi berkenaan kemudian memberikan butiran akaun bank dan kata laluan kepada dua akaun miliknya,” katanya.

Menurut Yusoff, mangsa telah membuat semakan ke atas kedua-dua akaunnya pada kira-kira jam 9 malam semalam dan mendapati wang berjumlah RM50,000 telah dipindahkan melalui Duitnow dengan menggunakan nombor telefon dan nama yang tidak dikenali.

Menyedari dirinya telah menjadi mangsa penipuan, mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan pada jam 10.26 malam, semalam.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan tidak melayan sebarang panggilan telefon daripada individu tidak dikenali, khususnya apabila mereka memperkenalkan diri sebagai polis atau meminta butiran peribadi termasuk akaun bank,” katanya. - Getaran, 28 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

3

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

4

Semasa 2 hari yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad