web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lampiran Bahasa Inggeris Iringi Surat Bahasa Melayu Kepada Blinken - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 9:08PM

Saifuddin menulis surat rasmi dalam Bahasa Melayu kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat. - Gambar dari Facebook Saifuddin Abdullah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken tidak memerlukan penterjemah atau kamus Bahasa Melayu - Inggeris ketika membaca surat dari rakan sejawatannya di Malaysia kerana beliau turut menerima lampiran dalam Bahasa Inggeris.

Ketika menjelaskan mengenai catatannya dalam Facebook semalam, yang menyatakan bahawa beliau menulis surat kepada Blinken dalam Bahasa Melayu, Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata surat itu disertakan sekali dalam Bahasa Inggeris.

Menekankan penggunaan Bahasa Melayu dalam majlis rasmi antarabangsa dan surat-menyurat, namun ia  tidak bermakna kerajaan menghapuskan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, kata Menteri itu kepada The Vibes.

“Selaras dengan apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri di Dewan Negara semalam,  Bahasa Melayu akan digunakan dalam majlis antarabangsa.

“Walaupun surat-menyurat rasmi mungkin dalam Bahasa Melayu, akan ada lampiran yang diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris atau bahasa rasmi negara tersebut,'' katanya.

Dalam tulisan di Facebook semalam, Saifuddin berkata:

"Hari ini saya menulis surat rasmi dalam Bahasa Melayu kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat.

"Ia surat rasmi dalam Bahasa Melayu yang pertama daripada saya kepada rakan sejawat, selaras dengan kenyataan Perdana Menteri di Dewan Negara semalam (Rabu)," kata Saifuddin.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sesi soal jawab di Dewan Negara, memaklumkan akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin ASEAN untuk mencadangkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN.

Beliau memberitahu, ia adalah usaha untuk memartabatkan bahasa ibunda di peringkat antarabangsa.

Ismail Sabri telah mula menggunakan Bahasa Melayu dalam beberapa lawatan rasminya baru-baru ini, termasuk ke Indonesia, Brunei, Kemboja, Thailand dan Vietnam. – The Vibes, 25 Mac 2022.

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar