web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Tahun Tiada Pendapatan, Pemandu Teksi Lega Sempadan Dibuka

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 4:42PM

Pemandu teksi menunggu pelanggan ketika tinjauan di sekitar Larkin Sentral hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pemandu teksi dari Johor Bahru ke Singapura di sekitar bandar raya ini, menyifatkan pembukaan semula sempadan darat bermula 1 April ini sebagai sinar baharu kepada mereka setelah dua tahun hilang mata pencarian susulan pandemik COVID-19.

Hafiz Kasah, 48, yang telah membawa warga tempatan dan Singapura berulang-alik memasuki kedua-dua negara tersebut sejak enam tahun lepas, berkata berita gembira yang diumumkan kerajaan semalam, sememangnya dinantikan pemandu teksi sepertinya.

Bapa tujuh anak itu berkata penularan COVID-19 memaksa dia dan rakan-rakannya, mencari sumber pendapatan lain seperti menjual makanan secara kecil-kecilan sementara menunggu keadaan pulih.

“Kami terpaksa melakukan inisiatif lain untuk bertahan dan mencari rezeki demi kelangsungan hidup sementara menunggu sempadan dibuka.

“Ini kerana, masing-masing mempunyai keluarga yang perlu ditanggung. Jadi, sudah tentu kita bersyukur dan mengalu-alukan pengumuman kerajaan untuk buka semula sempadan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Terminal Bas Larkin Sentral di sini, hari ini.

Seorang lagi pemandu teksi Azali Ahmad, 58, berkata dia berasa teruja dan tidak sabar untuk kembali aktif membawa pelanggan terdiri daripada pelancong dan pekerja yang berulang-alik dari Johor Bahru ke negara republik itu. 

“Kami (pemandu teksi) bersyukur dan gembira sebab perkara inilah yang kami nantikan sejak dua tahun lepas. Saya harap ia benar-benar menjadi kenyataan.

“Memang kami tidak ada pendapatan (akibat COVID-19), sebab bila orang Singapura tidak masuk kami tidak boleh ke negara itu sekali gus pendapatan terputus, namun syukur saya masih ada sumber (pendapatan) yang lain,” kata Azali yang bekerja sebagai pemandu teksi sejak tiga tahun lepas.

Secara keseluruhan, terdapat 200 pemandu teksi Johor Bahru ke Singapura di terminal berkenaan yang  kebanyakannya membawa pelanggan berulang-alik ke Bugis Taxi Stand dan Perhentian Teksi Singapura-Johor di Rochor, Singapura.

Terdahulu, tinjauan Bernama mendapati terminal tersebut kembali sesak dan meriah dengan kehadiran pengunjung sejak kerajaan membenarkan pengembara dari Malaysia dan Singapura memasuki kedua-dua negara menerusi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Darat pada 29 November lepas mengikut kuota yang ditetapkan.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menerusi kenyataan bersama memaklumkan kedua-dua negara bersetuju membuka sepenuhnya sempadan darat bagi pengembara yang telah lengkap vaksinasi mulai 1 April, selaras dengan Fasa Peralihan Ke Endemik.

Malaysia dan Singapura juga akan membenarkan pengembara yang telah lengkap vaksinasi untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian COVID-19 termasuk ujian prapelepasan dan semasa ketibaan. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 19 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95