web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Ugutan Video Bogel Lelaki, Ada Mangsa Bunuh Diri Kerana Tertekan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 2:38PM

Gambar dari Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGETOWN - Polis Pulau Pinang menerima laporan 108 kes ugutan penyebaran video bogel lelaki dalam talian sehingga menyebabkan kerugian RM589,685 sejak 2020 hingga Februari lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata mereka yang menjadi mangsa dalam pemerasan itu berusia antara 13 hingga 64 tahun dengan seorang daripadanya telah membunuh diri akibat tertekan kerana terlampau malu dan kehabisan wang untuk membayar suspek.

Beliau berkata modus operandi suspek ialah dengan mengambil kesempatan untuk menggoda mangsa dan nafsu mangsa dirangsang supaya beraksi lucah melalui video dengan tanpa disedari aksinya dirakam suspek.

"Seterusnya mangsa menerima mesej ugutan supaya membayar sejumlah wang jika tidak mahu video bogel itu disebarkan di media sosial dan mereka terpaksa membayarnya kerana malu serta takut video tersebar.

"Macam satu kes tahun lepas, seorang lelaki bertindak bunuh diri kerana terlampau tertekan dan malu selepas video bogelnya dirakam suspek sebelum dia mengugut mahukan jumlah wang yang banyak sedangkan mangsa telah memberikannya. Mangsa yang bimbang telah bunuh diri," katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Polis ke-215 peringkat Pulau Pinang, hari ini.

Mohd Shuhaily berkata statistik 2021 menunjukkan peningkatan drastik kes itu iaitu sebanyak 80 kes direkodkan membabitkan kerugian RM404,335 berbanding tahun sebelumnya iaitu 17 kes dengan jumlah kerugian RM76,300 manakala sejak Januari hingga Februari tahun ini, terdapat 11 kes dilaporkan melibatkan kerugian RM109,050.

"Sejak 2020 hingga Februari lepas, seramai 39 individu ditahan dan 15 kes telah berjaya diselesaikan. Jenayah ini amat berbahaya jadi polis berharap ibu bapa dapat memantau anak-anak menggunakan telefon pintar serta orang ramai juga lebih berhati-hati agar tidak menjadi mangsa," katanya.

Sementara itu, beliau berkata pihak polis menerima sebanyak 463 laporan kes samun sepanjang tahun lepas dengan 100 daripadanya adalah laporan palsu termasuk satu kes membabitkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang mendakwa dia telah disamun sebelum dirogol.

Mohd Shuhaily berkata siasatan yang dijalankan bagaimanapun mendapati remaja yang sudah tidak bersekolah itu sebenarnya hamil dan bertindak membuat laporan polis palsu kerana takut dimarahi oleh keluarganya.

"Selain daripada kes itu,  polis turut menerima laporan palsu antaranya melibatkan kehilangan kad pengenalan sebanyak 74 kes, salah guna wang (lapan kes), elak bayar hutang (empat kes) lima kes melibatkan kehilangan kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian, terlibat pergaduhan (tiga kes), ponteng kerja (dua kes) dan dua kes tuntutan insurans," katanya.

Mohd Shuhaily berkata dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, pihak polis turut menerima 11 kes laporan palsu melibatkan samun dan sebenarnya tindakan mereka itu hanya membuang masa dan tenaga pihak polis.

"Mereka yang didapati membuat laporan palsu boleh disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata jumlah jenayah indeks Kontinjen Pulau Pinang melibatkan jenayah kekerasan dan jenayah harta benda menunjukkan penurunan sebanyak 37.9 peratus bagi tempoh Januari hingga Februari lepas.

"Sepanjang tempoh itu, sebanyak 614 kes direkodkan berbanding nilai ambang 989 kes iaitu penurunan 375 kes. Jenayah kekerasan pula direkodkan sebanyak 139 kes dan menunjukkan penurunan sebanyak 101 kes bersamaan 42.2 peratus berbanding nilai ambang," katanya.

Beliau berkata bagi jenayah harta benda, sebanyak 475 kes direkodkan dan menunjukkan penurunan sebanyak 274 kes bersamaan 36.6 peratus berbanding nilai ambang bagi tempoh yang sama. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Politik 3 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad