web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Langgar Perintah Kuarantin, Ramai Desak Pemakaian Semula Gelang Pink

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2022 9:38PM

Gelang pink untuk pesakit COVID-19 yang dipraktikkan sebelum ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Baru-baru tular di media sosial seorang pemuda dikompaun RM1,000 kerana melanggar perintah kuarantin selepas disahkan positif COVID-19, apabila mengunjungi sebuah restoran dekat Ipoh.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu menimbulkan reaksi kurang senang dalam kalangan netizen yang menyifatkan pemuda tersebut hanya mementingkan diri sendiri.

Susulan insiden, ramai netizen mencadangkan agar pemakaian gelang pink dilaksanakan semula sebagai langkah untuk ‘mendisiplinkan’ golongan terbabit.

Seorang pengguna Facebook, Muhammad Khalid berkata, pemansuhan gelang pink menyebabkan mereka yang disahkan positif COVID-19 bebas bergerak ke mana sahaja.

“Kembali pakai gelang, yang pakai tidak boleh keluar. Kementerian Kesihatan (KKM) bagi kelonggaran sedikit untuk buat pelaporan diri. Selain guna MySejahtera, pesakit yang tidak tahu gunakan aplikasi itu boleh lapor diri di klinik. Jadi KKM tahu jumlah angka COVID-19 sebenar,” katanya.

Lebih memburukkan keadaan, Sivakumar Veerasamy berkata, terdapat individu yang positif COVID-19 tidak mengisytiharkan keputusan mereka di aplikasi MySejahtera.

“Ada yang mengalami simptom ringan makan ubat dan pergi kerja demi menyelamatkan cuti tahunan mereka. Banyak syarikat tolak cuti tahunan apabila pekerja menjalani Perintah Pemantauan dan Pemerhatian di Rumah (HSO),” katanya.

Dalam pada itu, Seri Haryani pula mendedahkan, dia pernah ternampak individu positif COVID-19 pergi ke tempat dikunjungi ramai tanpa ada rasa bersalah.

“Saya pernah ternampak yang positif tapi bebas ke pasar malam dan ke tempat orang ramai. Memang merisikokan orang lain. Tak semua orang ada kesedaran. Selfish mengatasi segala-galanya,” katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Madi Muin berkata, sejak kelonggaran diberikan kerajaan, ramai bersikap endah tak endah terhadap peraturan yang ditetapkan.

“Lihat sahajalah di sesetengah kedai makan atau restoran. Pengusahanya kurang mengambil tahu atau memantau akan keadaan pelanggan yang memasuki tanpa melakukan scan MySejahtera yang disediakan di pintu masuk.

“Jika perkara sedemikian berterusan pastinya agak sukar untuk dielakkan dari keberjangkitan orang yang benar-benar positif COVID-19,” katanya.

Dr Halimatus Sakdiah Minhat
Dr Halimatus Sakdiah Minhat

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Profesor Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat, pemakaian gelang terhadap pesakit COVID-19 tidak praktikal untuk dilaksanakan memandangkan negara akan memasuki fasa endemik pada 1 April nanti.

Katanya, pelaksanaan tersebut akan lebih efektif sekiranya kerajaan fokus kepada langkah mitigasi atau mengurangkan impak kepada kehidupan rakyat dan sistem kesihatan.

“Namun pada masa sekarang semua sektor dah buka. Boleh dilaksanakan tapi sukar berkesan. Sekarang sudah tiada kekangan pergerakan. Pemantauan pun dah kurang.

“Pada saya apabila ada yang tak endah, pakai gelang pun mereka akan jadi cukup kreatif untuk keluar. Selagi tak lapor ke MySejahtera, tiada siapa tahu anda positif,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Pada masa sama, Dr Halimatus Sakdiah turut menggesa KKM supaya menjelaskan perancangan mereka untuk fasa endemik dan objektif kerajaan ketika tempoh tersebut.

“Saya tak rasa fokus pada mitigasi lagi tapi KKM dan kerajaan perlu ada perancangan.  Apa matlamat untuk fasa endemik? Berdasarkan matlamat ini barulah kita tahu hala tuju sebenar.

“Adakah fokus pada fasa pemulihan untuk sektor ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Dan kalau ini fokusnya, pemakaian gelang pink sudah tidak relevan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menasihati mereka yang positif COVID-19 supaya kekal patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kalau tahu anda positif janganlah keluar. Jalanilah kuarantin kendiri. Tolong jangan pentingkan diri sendiri. Anda boleh memberi risiko kepada orang lain jika bergerak ke mana sahaja.

“Pada pendapat saya, sudah tiba masanya kerajaan tukar moto. Sekarang bukan lagi ‘kita jaga kita’. Ini tidak berfungsi lagi. Sekarang kena ‘aku jaga aku’ sebab ramai sangat yang selfish dan alpa,” katanya.

Bermula pada 10 Februari lalu, KKM mengesahkan tiada lagi gelang pink dan HSO atau surat kuarantin boleh didapatkan melalui aplikasi MySejahtera.

Bagi individu yang disahkan positif COVID-19 selepas membuat ujian kendiri, mereka hendaklah melaporkan keputusan ujian tersebut di aplikasi MySejahtera.

Digital HSO akan diberikan secara automatik dan individu terbabit perlu mematuhi serta kekal berada di rumah sepanjang tempoh pengasingan.

Laporan status kesihatan juga perlu dibuat secara harian di MySejahtera sehingga tempoh pengasingan tamat.

Hanya mereka yang bergejala teruk perlu hadir ke CAC untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. - Getaran, 19 Mac 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 56 minit yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad