web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ESSCOM Lancar Op Gasak Laut Gempur Pondohan Haram 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 6:28PM

Pasukan operasi meletakkan notis di pondok untuk arahan pengosongan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) giat melaksanakan operasi mengesan dan meroboh struktur atau pondohan (pondok kecil) haram di kawasan laut Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Komander ESSCOM, Deputi Komosioner Hamzah Ahmad berkata, usaha menerusi Op Gasak Laut yang dilaksanakan bersama beberapa agensi itu bertujuan membanteras pondohan yang boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan masyarakat.

Katanya, menerusi operasi itu, pihaknya memastikan struktur atau pondohan yang dibina mempunyai lesen atau kebenaran daripada pihak berkuasa.

“Pada 5 Mac lalu, kita melaksanakan Op Gasak Laut Gempur Pondohan dan Penempatan Haram di perairan Hammerhead, Lahad Datu di mana kita merobohkan empat pondohan.

“Berdasarkan maklumat, pondohan ini disalah guna penjenayah sebagai ‘staging point’ untuk berhenti sementara sebelum melakukan jenayah seperti penculikan, rompakan dan penyeludupan di ESSZONE,” katanya pada sidang media, hari ini.

Pasukan operasi turut menjalankan pemeriksaan ke atas 63 individu, namun tiada tangkapan dilakukan.
Pasukan operasi turut menjalankan pemeriksaan ke atas 63 individu, namun tiada tangkapan dilakukan.

Menurut Hamzah, dalam operasi berkenaan, pasukan agensi itu memeriksa 63 individu, namun tiada tangkapan dibuat.

Jelasnya, sebanyak 18 buah struktur diperiksa dan 14 daripadanya diberikan notis untuk keluar dari kawasan tanah kerajaan.

Beliau memberitahu, operasi seperti itu juga akan dijalankan di semua daerah ESSZONE, manakala ESSCOM sedang mengemaskini jumlah struktur atau pondohan dibina di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, Hamzah menasihatkan pemilik pondohan yang tidak memiliki kebenaran untuk merobohkan binaan terbabit atau mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa.

Dalam perkembangan lain, Hamzah memberitahu bahawa ESSCOM akan memperkukuhkan kesiapsiagaan pihaknya susulan pengumuman kerajaan berhubung pembukaan sempadan negara pada 1 April ini.

Hamzah berkata, pihaknya sedia maklum bahawa kawasan pantai timur Sabah sering menjadi tumpuan pelancong, maka ESSCOM bersiap siaga untuk mengambil sebarang langkah sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Berhubung isu tuntutan Filipina ke atas Sabah pula, beliau berkata, ESSCOM meneruskan tugas seperti biasa dan memaklumkan bahawa kawasan pantai timur negeri berkenaan dalam keadaan baik serta terkawal.

“Penugasan aset diteruskan dan aktiviti serta usaha keselamatan dilipatgandakan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan berkenaan selamat untuk semua. – Getaran, 9 Mac 2022

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad