web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mantan Pengarah Jabatan Kerajaan Ditahan Minta Rasuah RM1.2 Juta

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 5:46PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kota Kinabalu - Mantan pengarah sebuah jabatan kerajaan di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah di sini, hari ini, selepas dipercayai terbabit kes meminta dan menerima rasuah lebih RM1.2 juta.

Difahamkan, suspek berusia 50-an itu ditahan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu pada jam 10 pagi ketika hadir bagi memberi keterangan berhubung tuduhan tersebut.

Menurut sumber, mantan pengarah itu didakwa meminta dan menerima rasuah daripada dua syarikat membabitkan kerja perkhidmatan.

Suspek yang kini berkhidmat dengan sebuah agensi kerajaan lain, disyaki menerima wang itu sebagai habuan kerana memberikan projek perkhidmatan penundaan di jabatan tersebut kepada syarikat terbabit antara 2017 hingga 2018.

Sehubungan dakwaan itu, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

S Karunanithy
S Karunanithy

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

“SPRM sudah memanggil mantan pengarah itu untuk membantu siasatan sebelum ditahan pagi tadi.

“Apa yang boleh saya katakan di sini, kes masih dalam siasatan dan beliau dijangka dituduh di Mahkamah Khas Rasuah dalam masa terdekat,” katanya. - Getaran, 9 Mac 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 21 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 17 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad