web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kediaman Masih Dinaiki Air, 11 Keluarga Berteduh Di PPS

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 4:08PM

Keadaan banjir di Kampung Parit Penghulu, Jasin, Melaka.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JASIN - Seramai 40 penduduk membabitkan 11 keluarga dari tiga kampung di daerah ini terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), sehingga kini selepas kediaman mereka masih dinaiki air.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, ekoran cuaca hujan lebat sehingga mengakibatkan banjir kilat, Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu dibuka sebagai PPS pada kira-kira jam 7 malam semalam.

“Sehingga jam 12 tengah hari ini, seramai 40 mangsa dari 11 keluarga ditempatkan di PPS selepas kediaman mereka tidak dapat dihuni akibat dinaiki air.

“Mereka ini terdiri daripada penduduk dari tiga kampung, iaitu Kampung Parit Penghulu, Kampung Tersusun Rambai Jaya dan Kampung Lanchang,” katanya.

Keadaan rumah yang masih ditenggelami air di Kampung Tersusun Rambai Jaya, Melaka.
Keadaan rumah yang masih ditenggelami air di Kampung Tersusun Rambai Jaya, Melaka.

Menurut beliau, kesemua mangsa tidak dibenarkan pulang ke rumah kerana kediaman mereka dinaiki air pada paras agak tinggi dan membimbangkan.

“Sehingga kini, hanya tiga kampung ini dilaporkan mengalami banjir sehingga 11 rumah dinaiki air dan enam daripadanya dari Kampung Parit Penghulu.

“Namun, dua lagi daerah, iaitu Alor Gajah dan Melaka Tengah dilaporkan tidak terjejas, selain tiada PPS dibuka,” katanya. - Getaran, 9 Mac 2022

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Jangan Sembunyi Kes Buli, Tutup Kes Akan Nafi Keadilan Untuk Mangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Sukan 14 jam yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

oleh Sophia Ahmad