web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Rakyat Malaysia Masih Di Ukraine Sentiasa Dipantau

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2022 2:40PM

Saifuddin Abdullah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat warganegara Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kyiv, Ukraine masih berada di negara berkenaan.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, pihak kedutaan melalui perwakilan Malaysia yang berdekatan negara itu, terutama di Warsaw, Poland sentiasa berhubung rapat dengan mereka.

“Pihak kedutaan sentiasa bersedia untuk membantu sekiranya mereka berhasrat untuk keluar dari Ukraine. Bantuan diberikan termasuk memudah cara urusan kemasukan di sempadan negara berkaitan.

“Ia termasuk urusan dokumentasi, contohnya pengeluaran sijil perakuan cemas bagi mereka memerlukan, menjaga dan memastikan keadaan kebajikan mereka supaya sentiasa terpelihara serta urusan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dari Pakatan Harapan (PH) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Kulasegaran bertanyakan sama ada kerajaan menyedari jumlah rakyat Malaysia yang terkandas di Ukraine dan bentuk bantuan sudah dan akan disalurkan kepada mereka.

Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen (PH) mengenai pendirian negara berhubung krisis Ukraine, Saifuddin memaklumkan Malaysia tidak menyokong tindakan sekatan secara unilateral dikenakan ke atas Russia, sebaliknya ia dilaksanakan melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ujarnya, sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Malaysia meminta gencatan senjata dilaksanakan dan rundingan damai diteruskan.

“Jika perlu dilaksanakan sekatan sekali pun, ia perlu melalui PBB dan kita mahu ia dilakukan secara berhati-hati serta bersasar supaya tidak memberi kesan langsung kepada orang awam tidak berdosa.

“Pada masa ini, sekatan adalah senjata ampuh boleh digunakan,” katanya.

Menurutnya, Malaysia tidak terbabit secara langsung dalam pelan rundingan damai Russia-Ukraine, sebaliknya memberi sokongan melalui negara sahabat yang aktif mengadakan perbincangan itu.

Katanya, Malaysia mempunyai hubungan baik dengan kedua-dua negara berkenaan dan kerajaan tidak mahu menunjukkan pembabitan secara terus. - Getaran, 8 Mac 2022.

Sorotan

1

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

2

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

3

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

4

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

5

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad