web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Lelaki Hilang Ketika Memukat Ditemui Lemas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2022 5:18PM

Mayat mangsa ditemui lemas ketika operasi CARILAMAT.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUDAT - Dua lelaki yang dilaporkan hilang ketika memukat di Pantai Pirate Point, Kampung Parapat Laut, Rabu lalu ditemui mati lemas.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau hari ini mengesahkan, mayat kedua-dua mangsa ditemui sekitar jam 6 petang semalam dan 8 pagi ini.

Chin Chau berkata, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kota Kinabalu telah mengaktifkan operasi CARILAMAT sejak petang Rabu dan menubuhkan Pangkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) di Kampung Parapat Laut, sejurus menerima panggilan berhubung insiden itu.

Katanya, dalam kejadian berkenaan, kedua-dua mangsa yang dikenali sebagai Maclin Majaun, 29, dan Aewaeindar Fedelex Ollion, 20, dilaporkan hilang dari penglihatan pengadu semasa memasang pukat di pesisir pantai.

Menurut beliau, pengadu kemudiannya telah menjalankan usaha mencari kedua-dua mangsa bersama empat bot penduduk kampung namun mereka gagal ditemui.

“Sekitar jam 6 petang semalam, mayat seorang mangsa yang dikenal pasti sebagai Maclin Majaun telah ditemui.

“Mayat seorang lagi mangsa iaitu Aewaeinder Fedelex Ollion ditemui jam 8 pagi ini. Identiti kedua-dua mangsa disahkan oleh ahli keluarga masing-masing,” katanya.

Menurut beliau, operasi CARILAMAT tersebut membabitkan dua bot Maritim Malaysia dibantu oleh aset daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Dengan penemuan kedua-dua mangsa, Maritim Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi dan komuniti maritim yang terlibat dalam operasi CARILAMAT berkenaan.

Maritim Malaysia juga memohon kerjasama daripada komuniti maritim untuk melaporkan sebarang maklumat berkaitan kecemasan yang berlaku di laut menerusi nombor 088-611858(Pusat Operasi Kudat) atau talian MERS999. - Getaran, 5 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelajar IPTA Lemas Di Kolam Ikan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad